Kelahiran Anak Istimewa

Disediakan oleh Nor Farizan Tohfah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang  dan Selama

Kelahiran Anak Istimewa

Terimalah Dia Dengan Rasa Syukur

Ibu bapa tidak seharusnya merasa malu dan terhina kerana memiliki anak istimewa. Sebaliknya, anak itu perlu diterima dengan rasa syukur dan berusaha memperbaiki hubungan dengannya serta membantu dia menghadapi hidup.

Memang tidak dinafikan, bagaimana terperanjat dan kecewanya ibu bapa apabila pertama kali diberitahu anak yang baru dilahirkan itu cacat. Hati mana yang tidak terhiris apabila melihat anak menderita kesakitan. Rasa marah dan kecewa pula timbul apabila anak yang diasuh itu lambat mencapai kemajuan. Dalam keadaan begini akan timbullah pertanyaan, mengapa ini semua berlaku pada diriku? Apakah dosaku? Dalam keadaan begini, ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk mengikis dan dan membendung tekanan perasaan yang dialami. Walaupun anak yang dilahirkan itu cacat, perhubungan dan kasih sayang adalah penting, oleh itu ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang tidak bebelah bahagi kepada mereka.

Apa pun yang dirasai, ia biasanya mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Bagaimanapun, ibu bapa harus kuatkan semangat dan mencari jalan keluar daripada kesedihan yang dirasai. Langkah yang harus diambil ialah mengambil tahu tentang kecacatan yang dialami oleh anak dan dapatkan bantuan perubatan, social dan pembelajaran untuk anak istimewa tersebut. Langkah bijak pelu diambil agar masa depan anak ini tidak dipersiakan.

Kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa, ingatlah bahawa setiap kesusahan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan tidak mampu ditandingi oleh orang lain. Setiap amanah Allah hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah seluruh hidup kita akan sentiasa diberkati… 

Sumber : Majalah Ibu/April 88

Penulis : Surina Sangari

Sambutan Hari Kanak -Kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Disediakan oleh Nor Farizan Tohfah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang  dan Selama

Tarikh : 20 Oktober 2008 

Tempat : Dewan Terbuka SK Long Jaafar

   

  bagi-hadiah.jpgperbarisan.jpgpersembahan.jpgtarian.jpg                               

SK Long Jaafar telah mengadakan Sambutan Hari Kanak Kanak Sedunia pada 20 Oktober yang lalu. Majlis ini diadakan pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Sebelum majlis dimulakan, pelajar pendidikan khas telah mengadakan acara sukaneka. Acara ini terbahagi kepada dua kategori iaiti tahap 1 dan tahap 2. Setiap pemenang diberikan hadiah yang menarik. Malis sambutan hari kanak- kanak dimulakan dengan kata –kata ucapan daripada Pn Hajah Raznah Man , PK HEM diikuti dengan acara perasmian yang dilancarkan oleh Pn Narimah Bohari, Guru Besar SKLJ. Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada tokoh kanak-kanak dan para pemenang. Di antara persembahan yang diadakan ialah lakonan, tarian dan nyanyian.  Pelajar pendidikan khas telah mengadakan persembahan nyanyian yang dipimpin oleh En Zulfadly dan En Rashidi. Majlis ini dapat menghiburkan para pelajar dan guru-guru, serta dapat mencungkil bakat para pelajar

 

CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SKLJ

Disediakan Oleh Nor Farizan Bt. Toh Fah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

carta-orga-1-new.JPG

Ø       GURU KELAS

KELAS

NAMA GURU
KENANGA EN MOHD AZAINI SHAM
SEROJA PN NOR HANIM
TULIP PN NURULLIZA
CEMPAKA PN SHAMSIAH
TERATAI PN ZANITAH
DAHLIA EN ZABIDI
KEMBOJA CIK NURFADHILLAH
ORKID PN ARFA NADWA
LILI PN NOR ASIAH
MAWAR EN RASHIDI

  

Ø       GURU PUSINGAN

MATA PELAJARAN

NAMA GURU
PEND ISLAM PN SITI ROGAYAH
KH (BENGKEL/KEBUN) EN AZLAN MUSA
KH (JAHITAN/Pend. Seni) PN NOR ASZIMAH
B.INGGERIS/MUZIK/PEND.SENI PN SARIPAH ROHANI/PN NOR FARIZAN
MUZIK/MATEMATIK EN ZULFADHLY
PEND. JASMANI/MATEMATIK EN RAKIB ISMAIL

  

Pertandingan Mewarna Hari Kanak-Kanak 2008

Disediakan oleh Nor Farizan Tohfah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang  dan Selama

Tarikh : 16 Oktober 2008 

Tempat : Bilik Rekreasi & Bilik Masakan PPK SK Long Jaafar

  bulatan.jpghai.jpg

                                   khususnya.jpgmeniarap.jpg

Pada hari Khamis, 16 Oktober yang lalu Program Pendidikan Khas SK long Jaafar telah mengadakan pertandingan mewarna. Pertandingan ini diadakan sempena menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia 2008. Acara ini diadakan pada jam 10 pagi sehingga 12.30 tengahari. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap 1 dan tahap 2. Bagi tahap 1, pertandingan diadakan di Bilik Rekreasi, manakala tahap 2 pula bertempat di Bilik Masakan. Setiap kumpulan mempunyai 3 pemenang dan setiap pemenang akan diberi hadiah pada 20 Oktober, iaitu ketika hari Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah diadakan. Acara ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat dan sekaligus memberi keceriaan kepada mereka.

 

Visi & Misi Pendidikan Khas – SK Long Jaafar

Disediakan Oleh Nor Farizan Bt. Toh Fah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

MISI PENDIDIKAN KHAS SKLJ

  Berusaha ke arah : 

            v      melahirkan murid berkeperluan khas yang cemerlang dan berdikari

v      melahirkan kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat memberi sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara.

VISI PENDIDIKAN KHAS SKLJ

  Membudayakan ilmu berkualiti serta menjana kecemerlangan hidup terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. 

Sejarah Penubuhan Kelas Pendidikan Khas – SK Long Jaafar

Disediakan Oleh Nor Farizan Bt. Toh Fah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

SEJARAH PENUBUHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN LONG JAAFAR 

Kelas khas ini dibuka pada tanggal 16 januari 1996 dengan 2 orang murid istimewa dan 2  orang  guru.penghujung Disember 1996, murid-muridnya bertambah kepada 20 orang dan gurunya 3 orang. Tanggal 1 April 1997, pusat KKBP di SK King Edward VII(I) telah berpindah ke sekolah ini bersama murid-murid istimewanya seramai 24 orang dan 5 orang guru. Sehingga kini jumlah murid-murid istimewa semakin bertambah menjadikan jumlahnya seramai 66 orang murid berserta 17 orang guru dan 6 orang pembantu murid.

Majlis Tilawah Peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama

Disediakan oleh Nor Farizan Tohfah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang  dan Selama

Tarikh :  25 September 2008

Tempat : SK Kampung Boyan, Taiping

baca-jgn-tak-baca.jpgjuru.jpg

Majlis Tilawah Pendidikan Khas Daerah 2008 telah diadakan pada tanggal 25 September 2008 yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Mat Lazim B Idris. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah menengah dan rendah pedidikan khas. Majlis tilawah ini diadakan untuk pemilihan calon ke tilawah peringkat negeri yang akan diadakan pada 30 Oktober ini. Beberapa acara telah dipertandingkan seperti nasyid, azan, bercerita dan hafazan. Sekolah Kebangsaan Long Jaafar telah menghantar beberapa wakil dalam setiap bahagian dan telah berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat negeri. Di antara kemenangan yang telah dicapai ialah johan dalam acara nasyid, tilawah dan hafazan, naib johan dalam pertandingan bercerita manakala tempat ketiga bagi pertandingan azan. Diharap SKLJ akan terus cemerlang pada peringkat seterusnya. 

kategori-wanita.jpgpeserta-menunggu.jpg

Sambutan Hari Kebangsaan 2008

Disediakan oleh NOR FARIZAN BT. TOH FAH AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

Tarikh              : 29 Ogos – 16 September 2008

Tempat            : Dewan Terbuka SK Long Jaafar

Pada tanggal 29  ogos 2008, Sekolah Kebangsaan Long Jaafar telah melancarkan sambutan hari kebangsaan yang ke – 51. Majlis ini dihadiri oleh semua warga SKLJ dan dirasmikan oleh Guru Besar SKLJ, Pn Narimah bt Bohari. Pelancaran dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar mengenai tema hari kebangsaan yang ke-51, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Di dalam ucapan, beliau menyentuh mengenai pengertian kemerdekaan dan peranan murid sebagai rakyat Malaysia. Acara diteruskan dengan laungan kemerdekaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik .Sepanjang minggu kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya pertandingan mewarna, mencari bendera tersembunyi, kolaj, kelas tercantik dan koir. Penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan pada hari penutup minggu kemerdekaan iaitupada 16 September 2008.

Hari Bersama KFC Kamunting

 Disediakan oleh NOR FARIZAN BT. TOH FAH AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Tarikh               : 27 Ogos 2008

Tempat             : Dewan Terbuka SK Long Jaafar

gambar-1.jpggambar-2.jpggambar-3.jpg

Pihak KFC Kamunting telah sudi meluangkan masa bersama warga pendidikan khas SKLJ pada 27 ogos yang lalu. Selain memberi jamuan kepada murid- murid, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan. Acara dimulakan dengan kata-kata aluan daripada wakil KFC Kamunting. Majlis diteruskan dengan permainan dan sukaneka iaitu, rebut kerusi, pecahkan belon, mencari sos dan tarian. Para pemenang di beri hadiah yang menarik iaitu berupa barang-barang daripada KFC. Acara diteruskan dengan jamuan makan yang disediakan oleh KFC. Setinggi penghargaan daripada warga Pendidikan Khas SKLJ, semoga pertemuan ini dapat menjalinkan hubungan yang baik di antara kedua pihak.

MAJLIS PERJUMPAAN 2008 BIRO KEBAJIKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA

Disediakan oleh NOR FARIZAN BT. TOH FAH AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Tarikh              :   10 Mei 2008

Tempat            :   Dewan Sri Gading SK Long Jaafar

berkumpul.jpgceramah.JPG

Biro Kebajikan Kanak-kanak Istimewa telah ditubuhkan sebagai sayap PIBG agar dapat memberi sokongan padu kepada kecemerlangan Program Pendidikan Khas sekolah. Ia juga menjadi satiu wadah di mana ibu bapa dan masyarakat dapat menyumbang secara langsung kepada perkembangan kanak-kanak istimewa ini. Pada tanggal 10 mei yang lalu, Biro Kebajikan Kanak-kanak Istimewa SK Long Jaafar telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD LMS iaitu En Rustam Bin Siis. Perjumpaan ini diadakan setiap tahun bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelajar dan  bertukar pendapat mengenai perkembangan pendidikan khas. Majlis bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada 12 tengahari. Majlis ini berakhir dengan perlantikan jawankuasa Biro yang baru. Di harap perjumpaan ini akan memberi manfaat dan meningkatkan kecemerlangan program Pendidikan Khas SKLJ.

en-rustam.JPGucapan.JPG