MISI DAN VISI

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas dan UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HAJI MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

MISI DAN VISI  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SK . MATANG

 

MISI

  •    Melahirkan murid keperluan khas yang seimbang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri melalui program yang terancang
  •    Melahirkan murid yang berkemahiran dan berdaya saing dalam bidang pengurusan

 

 

Visi

  • Menjadikan PPKI SK Matang Program terbaik daerah pada tahun 2012

 

Carta Organisasi PPKI SK Kg Gudang 2008

Disediakan oleh ANIDA BT ABU BAKAR, Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama.

carta-orga-1.jpg

Profil SK Bukit Jana

Disediakan oleh ROSMIZAM BIN ROSLI, ROZITA BT ZUBIR & ZAITON BT HASSAN AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

  

Sejarah Penubuhan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sek. Keb. Bukit Jana telah mula beroperasi pada Julai 2003. Jumlah murid yang telah mendaftarkan diri pada tahun tersebut adalah seramai 8 orang. Pada tahun 2004, bilangan tenaga pengajar telah bertambah daripada 2 orang kepada 5 orang. Peningkatan bilangan murid juga begitu ketara daripada 8 orang kepada 19 orang. Bagi tahun 2005, jumlah murid bagi program ini semakin bertambah kepada 22 orang. Perkembangan peningkatan murid terus meningkat pada tahun 2008 seramai 34 orang. 

Infrastruktur dan kemudahan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sek. Keb. Bukit Jana mempunyai blok bangunan sendiri yang menempatkan 5 buah kelas, sebuah bilik rekreasi dan kemudahan tandas sendiri mengikut saiz yang sesuai. Pelbagai alatan dan bahan mengajar telah dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas. 

Bilangan Murid 2008

 Kelas PPKI terbahagi kepada 5 buah. Bilangan murid adalah seperti berikut: 

Kelas

 Lelaki  Perempuan  Jumlah 
 Delima  6  1  7 
 Intan  6  1  7 
 Mutiara  4  2  6 
 Nilam  5  2  7 
 Zamrud  5  2  7 
     Jumlah  34 orang

  

Jumlah dan Jenis Kecacatan

Jenis Kecacatan

Bilangan Murid
Speech Delay 4
Autisme 6
Sindrom Down 6
Terencat Akal 6
Ceberal Palsy 3
Slow Learner 5
Limb Defects 1
Duchennes Muscular Dystrophy 2
Jumlah 34

 

PROFIL PPKI SMK DATO’ KAMARUDDIN

Disediakan Oleh ZARINA BT MOHAMED ZAIN AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama

 blok.jpg   11.jpg

                    23.jpg   31.jpg

Penubuhan PPKI SMK Dato’ Kamaruddin     

PPKI Dato’ Kamaruddin merupakan program yang baru memasuki tahun ke dua pembukaannnya. Pada September 2006, seramai 2 orang guru telah ditempatkan di PPKI SMK Dato’ Kamaruddin sebagai persediaan sebelum memulakan program pada awal tahun 2007.  Di awal pembukaan program, seramai 2 orang guru yang bertugas termasuk seorang penyelaras program dengan jumlah seramai 15 orang pelajar. Pada tahun ini terdapat seramai 4 orang tenaga pengajar termasuk seorang penyelaras iaitu Puan Nor Mala Bt. Abdul dan turut dibantu oleh 2 orang Pembantu Pengurusan Murid. Jumlah pelajar telah mencapai seramai 17 orang dan dibahagikan kepada 3 buah kelas iaitu Alpha, Beta dan Delta.  Semua pelajar adalah berbangsa Melayu.

Kelas JumlahPelajar Guru Kelas
Alpha 5 Zanariah Bt Zali
Beta 6 Mohd Redzuan B Abu Hassan
Delta 6 Zarina Bt Mohamed Zain

Jadual kelas dan jumlah pelajar mengikut kelas   

KATEGORI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
SLOW LEARNER 10 5 15
CEREBRAL PALSY 0 1 1
DOWN SYNDROME 1 0 1
    JUMLAH 17

 Jadual jumlah bilangan pelajar mengikut kategori

Warga PPKI SMK Dato’ Kamaruddin

Warga PPKI SMK Dato’ Kamaruddin 

CARTA ORGANISASI SK BUKIT BERTAM 2008

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Carta Organisasi PPKI SKBB2

 

 

Carta Organisasi SMDB (BD)

Disediakan oleh SITI KHATIJAH BT MANSOR AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

carta-publisher.jpg

Carta Organisasi SMDB (BP)

Disediakan oleh SITI KHATIJAH BT MANSOR AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

carta-publisher-pembelajaran.jpg

Profil PPKI SKBB

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Gambar Kelas

PROFIL PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pada Januari 2008, tercatatnya satu sejarah apabila Kurikulum Khas Bermasalah Pembelajaran dilaksanakan. Sepanjang 1 September 2007 hingga akhir Disember 2007 yang lalu, kelas Pendidikan Khas dibuka pendaftarannya. Puan Munirah binti Sabran telah dilantik sebagai penyelaras. Di bawah naungan beliau, Cik Norfariza binti Abdul Razak dan Cik Hilda Ain Binti Hassan bertugas sebagai Guru Pendidikan Khas di bawah moto “Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama”

Kurikulum Khas Bermasalah Pembelajaran dikhususkan untuk pelajar-pelajar istimewa. Berikut adalah klasifikasi murid-murid untuk kelas pendidikan khas:

  • Sindrom Down – 2
  • Autisme – 1
  • Slow Learner – 6
  • Lewat perkembangan – 1

 

VISI PPKI
PPKI SK Bukit Bertam akan menjadi program yang terbaik dari segi sahsiah di Selama

MISI PPKI
PPKI SK Bukit Bertam memberi pendidikan kepada murid bermasalah pembelajaran di daerah Selama dengan semangat yakin boleh. Dapat melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

PROFIL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KAMPUNG GUDANG

Disediakan Oleh ANIDA BINTI ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

PROFIL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK KAMPUNG GUDANG       

dsc00101.jpg  picture-053.jpg 

                                        dsc00104.jpg  picture-054.jpg

Bermula 1 Januari 2008, kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Kampung Gudang telah dibuka. Puan Elly Azriani binti Mohd Jaberi telah dilantik sebagai penyelaras dan di bantu oleh Cik Anida binti Abu Bakar di bawah moto “Bersama Ke Arah Pendidikan Berkesan” . Kurikulum Khas Bermasalah Pembelajaran dikhususkan untuk pelajar-pelajar istimewa. Berikut adalah klasifikasi murid-murid Pendidikan Khas di SK Kampung Gudang: 

KATEGORI MASALAH LELAKI PEREMPUAN
Terencat Akal (Minima) 1
Slow Learner 2 1
Masalah Pendengaran 1
Lewat Perkembangan 2 1
JUMLAH 6 2

MOTTO PPKI

“Menempa Kejayaan bersama insan istimewa”

VISI PPKI

Menjadikan PPKI SK Kampung Gudang program yang cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulm dan sahsiah diri menjelang tahun 2018. 

MISI PPKI

  • Berusaha ke arah menghapuskan Buta 3M di kalangan murid-murid PPKI SK Kg Gudang.

  • Memupuk murid-murid supaya berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang positif.

  • Membimbing murid-murid ke arah individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT.

  • Mendidikan dan melahirkan murid yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan jati diri yang kuat.

dscn1681.jpg 

Warga Pendidikan Khas Sk Kg Gudang

CARTA ORGANISASI SK SULTAN IDRIS II

Disediakan oleh CIK YUZIYANA BINTI KAMARUDIN dan CIK RUSMAWATI BINTI MOHAMAD AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Carta Organisasi SK SII 4 Level