SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS SK DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG TAHUN 2008

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh : 15 Oktober 2008
Masa : 8.00am – 12.30pm
Tempat :SK Dato’ Panglima Bukit Gantang

 Program ini telah dijalankan pada 15 Oktober 2008 dengan dirasmikan oleh guru besar SK Dato’ Panglima Bukit Gantang, En. Ismail bin Md Rejab.  engisian program ini ialah mendirikan khemah, menyediakan sajian sandwich, membuat buku skrap menggunakan daun dan mewarna. Program ini dirasmikan oleh guru besar SK Dato’ Panglima Bukit Gantang iaitu En. Ismail bin Md Rejab. Pelajar yang terlibat adalah seramai 14 orang, Ibu bapa juga turut terlibat dalam aktiviti ini sebagai urusetia setiap kumpulan pelajar. Program ini telah  berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

 Matlamat

Program ini bertujuan membentuk sikap bekerjasama, tolak ansur, mendengar arahan, buang rasa rendah diri, dan memupuk minat, mencungkil bakat di kalangan murid- murid PPKI (BP) semasa aktiviti Kokurikulum dijalankan.

 
Objektif

  • Membentuk murid memupuk sikap tolong- menolong, bekerjasama dan sesame rakan.
  • Memperkembangkan bakat dan minat murid dalam aktiviti yang dirancang.
  • Mencungkil bakat kepimpinan di kalangan murid.

 

Sasaran

Semua murid Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Dato’ Panglima Bukit Gantang.

 

Tarikh                :           15hb. Oktober 2008 ( Rabu )

Tempat             :           Perkarangan Bangunan Pendidikan Khas Integrasi

(Bermasalah Pembelajaran)

Masa                :           7.40 a.m – 12.30 p.m.

 

Aktiviti

  1. Pertandingan Mendirikan Khemah
  2. Pertandingan menghias sajian
  3. Pertandingan mewarna (Tahap 1)
  4. Pertandingan buku skrap kreatif (Tahap 2)

mewarna
1. Mewarna

menyediakan sajian
2. Menyediakan Sajian

Mendirikan khemah
3. Memasang Khemah

membuat-buku-skrap.jpg

4. Membuat buku skrap

Carta Organisasi SK Dato’ Panglima Bukit Gantang

Disediakan oleh Zafarul Aznim Binti Zan AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

carta-resaiz-edit.jpg

KARYA DRPD. SK DPBG

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Rintihan hambaMu

Kadang aku bertanya
Apakah bahagia akan datang ?

Kadang aku menolak
dengan semua takdir yang digariskan untukku

Tapi ada satu keyakinan
yang membuat aku  tegar untuk aku terus melangkah

Bahwa…
Tuhan akan memberiku
Pelangi di setiap badai
Senyum di setiap airmata
Berkat disetiap cubaan
Lagu indah disetiap helaian nafas
dan jawapan disetiap doa.

Ya Allah……………..
Biarkan aku meratap di jalanMu
mencuba mencari secalit redhaMu
Di dalam hari-hari sunyiku

Ya Allah…………….
Akan ku jatuhkan diri dalam cinta Mu
Akan ku jeratkan hati dalam kehangatanMu
mencari cinta dalam pesona dan keindahanMu
Hingga akhir detik dalam hidupku

 

Karya SK DPBG

Disediakan oleh Zafarul Aznim Binti Zan (AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

 

Impian anak didikku


Tiba-tiba aku temui
Impian anak didikku
Bersepah
Terurai dan bernoktah
Di tembok-tembok batu
Dan dinding-dinding tersembunyi

Lalu impian itu ku kumpul
Dalam puisi ini
Dan ku belai
Walau tak berharga

Dari pandangan mereka

Dan impian itu ku simpan
dalam cermin harapan
Dan ku hias dengan kasih

Yang berpanjangan

Hai anak didikku
Moga di suatu masa
Dapat kau temui semula
Impian itu
Dan kau gilap menjadi permata

 


VISI DAN MISI

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

VISI DAN MISI PENDIDIKAN KHAS

SK DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG

 

VISI PENDIDIKAN KHAS

 

Program pendidikan khas SKDPBG

 akan menjadi salah sebuah program yang cemerlang

 menjelang tahun 2015

  

MISI PENDIDIKAN KHAS

 

Kearah merialisasikaan visi warga pendidikan khas SKDPBG

 untuk memberi pendidikan berkualiti

 kepada murid dari  segi  

kemahiran dan

 sahsiah diri

bagi menanam keyakinan diri untuk menghadapi

 kehidupan bermasyarakat


MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKDPB

  1. membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak biasa di sekolah.

  2. Menghilangkan sifat rendah diri bila berhadapan dengan masyarakat.

  3. membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan baik dengan sesiapa sahaja

  4. Melatih kanak-kanak agar sentiasa menjaga penampilan diri

  5.  Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kebolehan tersendiri dan mampu berjaya dalam hidup

  6. Menanam sifat yakin diri untuk menghadapi hidup bermasyarakat.

     

     

 

 

PROFIL

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

DI SK DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG,

CHANGKAT JERING, TAIPING.


PROFIL PENDIDIKAN KHAS SK DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG

 

Program Pendidikan Khas Integrasi/Inklusif untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 2008. Guru-guru yang ditugaskan   untuk  program ini ialah   Puan  Rofizah  bt.  Jusoh   dari   SK  Seri  Aman,  Pokok  Assam,

Puan Rojita bt. Ahmad dari SK Matang dan Cik Noor Hidayah bt Zakaria dari UPSI. Pada awal September,Cik Zafarul Aznim binti Zan, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mula bertugas di sini.

 

Terdapat  empat  orang  murid bagi  permulaan  kelas  PPKI  ini. Sehingga kini pelajar di sini bertambah menjadi seramai lima belas orang dari pelbagai masalah seperti epilepsi, down syndrome, mental retardation dan slow learner.

 

Buat  permulaan  PPKI  telah  diberikan  sebuah  kelas  sementara  kerana bangunan Pendidikan Khas masih dalam pembinaan. Pada awal bulan April PPKI telah memulakan sesi pembelajaran di bangunan baru dan lebih selesa.

 

Ribuan terima kasih kepada En. Ismail b Md Rejab,Guru Besar SKDPBG, kerana telah membantu dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami dalam menyediakan kelas dan juga kesudian beliau menyediakan keperluan-keperluan peralatan bagi melicinkan P&P.

 

TILAWAH PENDIDIKAN KHAS DAERAH TAHUN 2008

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

Tarikh: 25 September 2008

Tempat: SK Kampung Boyan

 

Aktiviti:

 Pada 25 September 2008, untuk pertama kalinya Pendidikan Khas SKDPBG Telah menerima jemputan untuk melibatkan diri dalam majlis tilawah peringkat negeri, kami telah menghantar wakil untuk pertandingan Khat,tilawah al-Quran, azan dan nasyid. Pertandingan tilawah al-Quran mendapat tempat ketiga dan bagi pertandingan Khat mendapat tempat pertama dan layak di bawa ke peringkat negeri yang akan diadakan pada akhir bulan Oktober ini.

pertandingan-azan.jpg

1. Pertandingan Azan

pertandingan-khat.jpg

2. Pertandingan Khat

pertandingan-tilawah.jpg

 3. Pertandingan Tilawah

 

LAPORAN KEJADIAN BANJIR DI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh: 18-21 Julai 2008
Tempat: SK Dato’ Panglima Bukit Gantang

Aktiviti:

Pada 17 Julai 2008, Blok Pendidikan Khas telah dinaiki air berlumpur setelah hujan lebat selama 1 jam setengah. Keesokkan harinya 18 Julai 2008, semua murid-murid Pendidikan Khas telah diberikan cuti supaya guru, pekerja dan ppm dapat membersihkan lumpur didalam semua kelas iaitu Blok Pendidikan Khas dan Bangunan Pra Sekolah Pendidikan Khas.

Penolong Pengarah Pendidikan Khas, En. Aznan bin Hj. Alias, Pegawai Khas Pemulihan Khas Pn. Erni Zanifah binti Mohd Jaberi, dan Pegawai Khas Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah LMS, En. Rustam bin Siis telah melawat ke blok Pendidikan Khas untuk melihat kesan-kesan banjir.

Kerja-kerja pembersihan mengambil masa dua hari kerana kehabisan air tangki dan tekanan air rendah Masalah ini di bawah pengetahuan En. Rustam bin Siis.

air-mula-masuk-ke-dalam-kelas.jpg

1. Air mula masuk ke dalam kelas

gotong-royong-membersihkan-kelas.jpg

2. Gotong-royong membersihkan kelas

keadaan-kelas-berlumpur.jpg

3. Keadaan kelas berlumpur

membersihkan-bahagian-luar-kelas.jpg

4. Membersihkan bahagian luar kelas

LAPORAN CERAMAH MOTIVASI

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh: 17 April 2008

Tempat: SK Dato’ Panglima Bukit Gantang

 

Aktiviti:

Ceramah motivasi bertajuk Menangani Tingkah Laku Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran telah diadakan pada 17 April 2008 dijalankan di Makmal Komputer SKDPG bermula jam 10.45 pagi hingga 3.45 petang.

 Dua orang penceramah telah dijemput iaitu Dr Haji Abdul Karim b. Ahmad dari Sungai Petani, Kedah dan Dr Sani Ashari Kota Tinggi, Johor, mereka telah menyampaikan panduan dan nasihat kepada guru dan ibubapa dalam membimbing anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran.

Dalam slot yang kedua mereka telah mengadakan sesi rawatan dan kaunseling kepada guru dan ibu bapa secara individu

  ibubapa-yang-hadir.jpg

1. Ibu bapa yang hadir

rawatan-ibubapa.jpg

2. Rawatan Ibu Bapa

rawatan-murid.jpg

3. Rawatan murid

motovasi-oleh-penceramah.jpg

4. Motivasi oleh penceramah