Sinar untuk kanak-kanak autistik

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI)

Keluarga boleh menghantar si kecil di beberapa rumah khusus untuk melatih si kecil berdikari

PADANG kecil yang terletak di antara dua buah rumah teres setingkat itu tiba-tiba menjadi riuh rendah dengan sebilangan kanak-kanak berebut-rebut memanjat dan bermain gelungsur. Terik matahari yang menggigit kulit langsung tidak diendahkan walaupun kebanyakan mereka juga berpuasa.

Tanpa deringan loceng, tepat 12.30 tengah hari, kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah autisme itu bagaikan cacing kepanasan kerana dapat merasakan waktu belajar di Rumah Kanak-Kanak Autistik di Jalan Chan Chin Mooi itu sudah tamat.

Sememangnya mereka dianugerahkan dengan keistimewaan yang tidak dimiliki orang lain. Tidak perlu melihat jam atau diberitahu guru, mereka juga dapat merasakan ibu bapa masing-masing sudah menunggu di luar untuk membawa mereka pulang.

Ketika pelajar sebelah pagi berpusu-pusu keluar, pelajar sebelah petang pula sudah siap sedia di dalam bilik darjah masing-masing. Walaupun terdapat dua rumah, hanya rumah di belakang yang mempunyai tiga bilik dan ruang tamu digunakan untuk aktiviti pembelajaran.

<font color="#000000">Kehadiran tetamu daripada media dan Procter & Gamble (Malaysia) Sdn Bhd (P&G) langsung tidak dipedulikan. Ada juga yang nakal cuba menarik kamera jurugambar dan tidak mahu melepaskan mikrofon wartawan televisyen yang menemuramah mereka. Sesi lawatan itu diadakan selepas majlis perasmian kempen amal P&G Gandakan Kegembiraan Hari Raya bagi menyalurkan dana kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom). Ia dirasmikan Pengurus Perhubungan Awam P&G, Zadil Hanief Mohamed Zaidi. Turut hadir, Presiden Nasom, Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin.

Megat Ahmad berkata, usaha P&G wajar diberikan sokongan oleh orang ramai. Hasil sumbangan itu bakal digunakan untuk membina bilik bacaan dan komputer di rumah berkenaan.

“Nasom mempunyai 15 pusat bagi menjalankan program intervensi bagi kanak-kanak autistik berusia antara dua hingga 14 tahun. Tiga pusat lagi bagi latihan vokasional di bawah program pengesanan keperluan khas. Autisme adalah penyakit yang tidak boleh diubati, tetapi penghidapnya boleh dilatih sehingga mereka mampu berdikari. Usaha perlu dilakukan bagi membantu memberikan kemahiran hidup kepada kanak-kanak ini agar mereka boleh berdikari seperti orang lain,” katanya.

Megat yang juga mempunyai anak lelaki autistik mengakui membela kanak-kanak begini amat sukar kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan kadangkala agak pelik. Katanya, anaknya itu pernah hilang beberapa kali kerana pergerakannya sukar dikawal.

“Memang bukan senang hendak mengawal kanak-kanak autistik. Anak saya sendiri pernah hilang empat jam. Rupa-rupanya dia berjalan kaki tanpa kasut sejauh lima kilometer. Dia juga pernah hilang di pusat beli-belah. Seperti kanak-kanak autistik lain, hobinya juga pelik. Ada satu masa, dia gemar menggunting tali pinggang dan satu masa lagi menggunting beg tangan. Hobi ini biasanya tidak lama dan bertukar-tukar,” katanya.Sementara itu, penyelia dan guru rumah berkenaan, Hasliza Abd Hamid, berkata ibu bapa boleh menghantar anak ke rumah berkenaan sebaik saja anak mereka disahkan doktor menghidap autisme. Lazimnya autisme boleh dikesan pada usia tiga hingga empat tahun. Bagi kes lebih sederhana, ia mungkin dikesan pada usia lima hingga enam tahun.

“Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah diletakkan di bawah program intervensi awal. Sebaik dimasukkan ke sini, mereka akan dinilai dari segi keupayaan menjaga diri sendiri seperti tahu ke tandas, memakai kasut, baju dan sebagainya. Jika mereka tidak boleh, kita akan ajar peringkat demi peringkat asas menjaga diri,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 30 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke rumah berkenaan memiliki asas ini akan diserap ke program pertengahan iaitu belajar ko-kurikulum yang ada disediakan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sehingga setahun sebelum melangkah ke peringkat lanjutan dan kemahiran vokasional seperti membuat kek serta roti selain cucian pakaian.

“Sistem akademik di sini sudah tentu berbeza dengan sekolah biasa. Walaupun kelihatan normal, mereka tidak boleh ke sekolah biasa kerana tahap pemikiran mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Sesetengahnya tidak boleh bercakap. Bagaimanapun, bukan mustahil untuk mereka belajar lebih tinggi kerana pada tahun ini kita mempunyai dua pelajar iaitu Lu Kok Choon dan Khairul Hazim Zainuddin yang masing-masing berusia 14 tahun bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kalau mereka lulus, kita akan cuba masukkan ke sekolah menengah pula,” katanya.

Selain aktiviti dalam kelas, kanak-kanak itu juga terbabit dengan aktiviti luar seperti menunggang kuda di Kelab Polo Diraja Selangor setiap Selasa ataupun berkhemah di dalam kawasan rumah berkenaan. Sehingga kini, terdapat 83 kanak-kanak di rumah berkenaan.

INFO: Apakah yang ditawarkan Nasom?

Program:

Intensif intervensi awal (2 hingga 5 tahun) Kemahiran: Asas diri, pertuturan dan komunikasi, intervensi tingkah laku, pertumbuhan motor.

Intervensi awal (5 hingga 7 tahun) Kemahiran: Pengubahsuaian tingkah laku, kemahiran kehidupan harian, kognitif dan pra akademik.

Hala tuju utama (5 hingga 7 tahun)Kemahiran: Pengubahsuaian tingkah laku, kemahiran kehidupan harian, kognitif dan akademik, komunikasi dan sosial.

Elementari (7 hingga 12 tahun) Kemahiran: Pengurusan tingkah laku, sosial dan akademik.

Pra vokasional (12 hingga 14 tahun) Kemahiran: Sosial, fungsi akademik dan bantuan diri.

Vokasional Kemahiran: Sosial, akademik, bantuan diri, kemahiran membuat bakeri, pencucian pakaian.

Telefon: 03-40223744

emel: nasom@streamyx.com

Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my

 Berita Harian, 13 September 2008

One Response

  1. Assalammualaikum,

    Nama saya Khairul Hazim, saya dan Kok Choon sekarang belajar dalam tingkatan 1 di Sek Men Bandar Baru Sentul dibawah program Nasom Intervention Program. Saya seronok belajar di sini. UPSR tahun 2008 saya mendapat 4A 1B (sains). Terima kasih Nasom dan cikgu Mala – guru pendamping saya semasa darjah 5 dan 6.

    Hazim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: