PROFIL

Disediakan oleh ZAFARUL AZNIM BINTI ZAN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

DI SK DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG,

CHANGKAT JERING, TAIPING.


PROFIL PENDIDIKAN KHAS SK DATO’ PANGLIMA BUKIT GANTANG

 

Program Pendidikan Khas Integrasi/Inklusif untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 2008. Guru-guru yang ditugaskan   untuk  program ini ialah   Puan  Rofizah  bt.  Jusoh   dari   SK  Seri  Aman,  Pokok  Assam,

Puan Rojita bt. Ahmad dari SK Matang dan Cik Noor Hidayah bt Zakaria dari UPSI. Pada awal September,Cik Zafarul Aznim binti Zan, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mula bertugas di sini.

 

Terdapat  empat  orang  murid bagi  permulaan  kelas  PPKI  ini. Sehingga kini pelajar di sini bertambah menjadi seramai lima belas orang dari pelbagai masalah seperti epilepsi, down syndrome, mental retardation dan slow learner.

 

Buat  permulaan  PPKI  telah  diberikan  sebuah  kelas  sementara  kerana bangunan Pendidikan Khas masih dalam pembinaan. Pada awal bulan April PPKI telah memulakan sesi pembelajaran di bangunan baru dan lebih selesa.

 

Ribuan terima kasih kepada En. Ismail b Md Rejab,Guru Besar SKDPBG, kerana telah membantu dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami dalam menyediakan kelas dan juga kesudian beliau menyediakan keperluan-keperluan peralatan bagi melicinkan P&P.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: