LAWATAN KE TESCO

Disediakan oleh NURUL FARIHA BINTI MOHAMAD YUSOF, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE TESCO TAIPING, PERAK

 

 

Pengenalan

Kebanyakan pelajar Kelas Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur terdiri dari para pelajar yang menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Pihak guru merasakan bahawa setiap pelajar perlu diberi pengalaman melalui pembelajaran sebenar agar mereka akan lebih berdikari selepas tamat belajar kelak. Justeru, pihak guru mengadakan projek lawatan sambil belajar ini.


Objektif

  1. Pelajar dapat meluaskan pandangan dan berinteraksi dengan melawat bahagian-bahagian pusat jualan yang terdapat di dalam bangunana Tesco.
  2. Mendedahkan pelajar tentang situasi sebenar semasa berada di pusat membeli belah.
  3. Menambah maklumat tentang barangan yang terdapat di pusat membeli belah.
  4. Membolehkan pelajar melakukan proses transaksi semasa  membeli dan membayar sesuatu barangan.
  5. Memberi pengalaman kepada pelajar tentang proses membeli sesuatu barangan.

 

 

Butir-butir lawatan:
            Tarikh                                      : 14 Ogos 2008

            Tempat                                    : Taiping

                                                              

          Tesco (utama)

          Muzium (sampingan)                                 

Lampiran gambar:

tesco3.JPG tesco2.JPG tesco1.JPG

LAWATAN KE TESCO

tesco4.JPG tesco6.JPG

Rumusan:

 

Lawatan sambil belajar ini banyak membantu pelajar SMK Pengkalan Aur melalui situasi sebenar dalam proses membayar dan membeli barangan di Tesco. Semasa melawat Muzium Taiping pula, pelajar memperoleh maklumat mengenai sejarah Taiping dan dapat mengenali haiwan-haiwan yang telah diawet dan juga fosil dinasour zaman dahulu.

 

Leave a comment