Kampung Paya Rumput Jaya

Disediakan oleh Rosmizam Bin Rosli, Rozita Bt. Zubir & Zaiton Bt. Hassan (AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

 

            Mungkin kita yang tinggal di Perak ini tidak mengetahui dimanakah letaknya Kampung Paya Rumput Jaya ini. Sebenarnya kampung ini terletak di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pada tanggal 18 Oktober 2008 kampung ini telah menjadi johan peringkat kebangsaan Anugerah Desa Cemerlang dengan mendapat hadiah RM25000 dan dana projek berjumlah RM200000.            

            Apa istimewanya Kampung Paya Rumput Jaya ini? Hanya orang yang pernah lahir dan mendapat asuhan disitu sahajalah yang mampu merungkaikannya satu persatu. Kampung Paya Rumput Jaya ini terletak di Sungai Udang Melaka yang terangkum dalam Daerah Melaka Tengah. Kampung ini telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu hulu,tengah dan hilir oleh penduduk di sini sejak turun temurun lagi. Mungkin 21  tahun dulu sesiapa yang suka menonton televisyen akan teringat mengenai iklan telekom tentang ibu bapa yang rindu dengan anak-anaknya di perantauan. Disinilah tempat iklan tersebut dirakamkan.            

            Para penduduk di sini telah mengamalkan budaya tolong menolong dan hidup bermuafakat yang amat akrab dalam kehidupan seharian mereka. Setiap kenduri kendara di kampung ini para penduduknya tidak perlu risau kerana jika ingin membuat kenduri kahwin maka setiap tuan rumah akan diberi seekor lembu dan 100 ekor ayam  hasil kutipan dari setiap ahli kariah kampung sebanyak RM3 sekeluarga  yang dinamakan duit daging. Budaya tolong menolong tetap diamalkan pada setiap kenduri yang dijalankan tanpa mengira miskin ataupun kaya.            

           Hasil bancian yang dilakukan oleh panel Anugerah Desa Cemerlang ini, kereta penduduk kampung disini adalah melebihi 500 buah mengambil kira purata 3 rumah satu kereta. Semua rumah disini juga mendapat bekalan eletrik dan air serta tiada yang tertinggal dari arus pembangunan. Di kampung ini juga telah dibina Sekolah Al-Nuriah untuk para pelajar yang yatim serta miskin hasil penat jerih keluarga Allahyarham Ustaz Hj Aman B.Bachik. Alhamdulillah anak beliau ada yang berkahwin dengan orang Perak iaitu berdekatan dengan Madrasah Batu 8 Trong. Keluarga Allahyarham terkenal di Melaka kerana ada yang dikenali sebagai Mualim terkenal di sana iaitu Allahyarham Mualim Hj Wahid. Seorang lagi keluarga beliau iaitu Allahyarham Tn Hj Jaafar b.Abd Hamid bekas pengetua SMKA Sultan Muhammad dan juga pernah menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.            

           Hasil ekonomi di kampung ini boleh dilihat melalui kegiatan ternakan lembu besar-besaran, penanaman sayur seperti asparagus, bayam, sawi, timun dan bermacam-macam lagi. Ternakan itik telor juga berjalan hasil kerjasama wanita kampung sebagai pendapatan sampingan membantu suami dalam membesarkan anak-anak. Dari segi pendidikan pula, kanak-kanak di sini telah menjadi rutin seharian mereka, pagi ke sekolah, balik sekolah pergi sekolah agama, balik sekolah agama, rehat sebentar di rumah dan ke masjid belajar mengaji dengan imam dan bilal di kampung tersebut dan berjemaah maghrib bersama-sama penduduk kampung .   

           Begitulah kukuhnya ikatan masyarakat di kampung Paya Rumput Jaya ini.  Semuanya  adalah berkat kesungguhan penduduk-penduduk lama di sini yang telah meninggalkan benih-benih keimanan dan muafakat agar ia dapat diwarisi dari setiap generasi kepada generasi. Nama-nama seperti Allahyarham Ustaz Karim dan Allahyarham Bilal Haji Achin tetap menjadi sebutan kepada orang-orang yang pernah mengenali mereka. Al Fatihah kita hadiahkan kepada mereka-mereka yang pernah berjasa. Penulis selaku anak jati kelahiran Kampung Paya Rumput Jaya ini walaupun berada jauh,  Insyaallah akan melakukan apa yang pernah dibenihkan di dalam jiwa ini. Semoga SUARA AZAN Allahyarham Bilal Hj Achin akan menjadi dogma dalam penulis menongkah arah mencari kehidupan sejati…    

NUKILAN RASA            : PENGHULU CAHAYA (USTAZ AHZIZUL ANUAR )                                    

                                      ANAK JATI KG PAYA RUMPUT JAYA                                      

                                      18 OKTOBER 2008  

3 Responses

  1. Very good article

  2. RENCANA INI ELOK DIPAPARKAN DI AKHBAR2 ARUS PERDANA KERANA IA SEBUAH ARTIKEL YANG CEMERLANG DARI SEGI IDEA DAN SUSUNAN AYATNYA. SYABAS KEPADA PENULIS

  3. BULAN 12 YANG LEPAS SAYA ADA SINGGAH DIKAMPUNG PAYA RUMPUT JAYA INI. CUKUP MENGAGUMKAN. ELOK KITA DI PERAK INI PERGI MELAWAT KE SANA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: