MAJLIS JAMUAN RAYA DAN SEMINAR KEIBUBAPAAN

Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

TARIKH : 15 OKTOBER 2008

TEMPAT : PRA PENDIDIKAN KHAS SK BT KURAU

PAKAIAN : BAJU RAYA

 

 

            Jamuan Hari Raya (Open House) bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SK Batu Kurau (SKBK) telah diadakan pada 15 OKTOBER 2008 iaitu pada hari rabu di bangunan Pra Pendidikan Khas SKBK. Guru Besar, guru-guru dan ibubapa para murid pendidikan khas turut dijemput hadir pada majlis tersebut.

            Majlis bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Majlis bertambah serinya apabila murid-murid memakai baju raya pada hari tersebut. Pelbagai hidangan telah disediakan secara bergotong royong oleh para guru dan beberapa orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sendiri. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, mee kari, bihun tom yam, buah, kuih bahulu dan beberapa makanan ringan yang lain serta kuih yang disumbangkan oleh guru-guru.

            Selain itu, pada hari yang sama juga telah diadakan Seminar Jalinan Keibubapaan yang diadakan di kelas Pra Pendidikan Khas SKBK. Program ini antara lain adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru serta memberi pendedahan,  pemahaman tentang apakah pendidikan khas.

            Satu sesi ceramah telah disampaikan kepada ibu bapa yang hadir oleh Cikgu Halim bin Shaharah yang bertajuk Pengenalan Pendidikan Khas disusuli dengan ucapan dari Guru Besar iaitu En. Mohamad Saleh bin Wahab. Lebih terharu, bekas Guru Besar iaitu En. Ahmad Basri bin Radzi turut hadir dan telah menyampaikan sedikit ucapan kepada ibu bapa.

Setelah seminar siap dijalankan, maka ibu bapa dijemput untuk menjamu selera diikuti oleh semua guru SKBK. Majlis turut diserikan lagi dengan dendangan lagu raya yang telah disampaikan oleh para murid pendidikan khas. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: