Profil SK Kampung Boyan

Disediakan oleh MOHD FAIDZ HJ. IBRAHIM & RAHIMY KAMARUDDIN Moderator Zon Taiping Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

 

SEJARAH KELAS PROGRAM INTERGRASI PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN SK KG. BOYAN

 

p6200003.jpgp6200011.jpgp6200005.jpg

Bermula pada bulan Ogos 2005 dengan bilangan murid seramai 3 orang yang diserap melalui program intergrasi dari SK Pendidikan Khas (Pendengaran) Taiping bersama seorang guru telah membuka sebuah kelas bagi murid – murid kategori masalah pembelajaran.

Pada awal Januari 2006 seorang lagi guru telah ditempatkan kerana pertambahan bilangan murid telah meningkat dengan ketara dari 3 orang kepada 10 orang. Dan menyebabkan keadaan kelas menjadi sempit dan kurang kondusif bagi menampung permasalahan ini.

Januari 2007, SK Kg. Boyan telah dikenalpasti yang mana mempunyai kekosongan bilik kelas dan sesuai untuk dibangunkan sebagai program Intergrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Maka dari SK. Pend. Khas Taiping berpindahlah ke SK. Kg. Boyan dengan menempatkan 2 orang lagi guru bersama dengan 12 orang murid yang mana ditempatkan di tingkat satu yang jelas sekali kurang sesuai untuk program ini. Akan tetapi semua itu adalah hanya sementara kerana sebuah bangunan khas telah dibina bagi menempatkan murid – murid sebagai satu program Intergrasi Pendidikan Khas Pembelajaran.

img_0018.jpg img_0017.jpg img_0047.jpg

Tanggal Julai 2007, kelas berpindah sepenuhnya ke bangunan baru dengan penambahan bilangan murid seramai 23 orang dan penempatan lagi seorang guru GSTT bagi membantu dalam proses P&P. Ini menjadikan keseluruhan guru seramai 5 orang. Maka pada tahun 2008, wujudlah program Intergrasi Pendidikan Khas Pembelajaran SK. Kg. Boyan yang terdiri daripada 8 orang guru beserta dengan 29 orang murid.

gambar-pk-edit.png

VISI

Menjadikan kelas pendidikan khas pembelajaran SK. Kg. Boyan kearah kecemerlangan hidup menjelang 2010.

MISI

Menjadikan warga pendidik pendidikan khas pembelajaran yang berkualiti,ikhlas serta sabar dalam membentuk generasi pendidikan khas SKKB yang berdikari, berdaya saing, kreatif dan inovatif, berilmu, beriman serta membentu jatidiri yang unggul melalui program – program yang terancang dan dirancang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: