Penglibatan Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa

Disediakan oleh PUAN LILY SURIANI (Guru Pendidikan Khas SK Sungai Tinggi).

Sekolah pendidikan khas mengalu-alukan kehadiran anak-anak istimewa melalui program pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran. Penglibatan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa juga sama pentingnya di pendidikan khas.

 

Sikap ibu bapa

Penglibatan ibu bapa di pendidikan khas dapat mengurangkan tekanan emosi, kesugulan, kesedihan kerana mempunyai anak istimewa. Ia juga dapat mengubah sikap ibu bapa pada anak sama ada ia dianggap sebagai beban ataupaun suatu dugaan serta dapat menyemai pandangan positif di kalangan masyarakat pada anak istimewa.

 

Pengetahuan berkenaan keperluan anak istimewa

Ramai ibu bapa menganggap anak istimewa hanya memerlukan keperluan asas dan kasih saying.Sebenarnya mereka juga memerlukan keperluan seperti kanak-kanak biasa hingga tercapai keperluan pemenuhan kendiri (self-actualisation). Tanpa pengetahuan ini, kanak-kanak istimewa tidak tidak akan membesar ke tahap keupayaan mereka. Ramai ibu bapa oleh kerana kesian kapada anak biasanya memanjakan anak istimewa dan ini menyebabkan anak  sentiasa bergantung kepada ibu bapa seumur hidup. Apa akan terjadi selepas ibu bapa tiada lagi?

 

Pengetahuan Berkenaan Peringkat-Peringkat Pekembangan Anak Istimewa

Pengetahuaan ini perlu kerana i8ni dapat membantu ibi bapa mendidik anak memperolek kemahiran-kemahiran yang sesuai (adaptive behaviour) untuk tingkah laku yang di terima oleh masyarakat. Kemahiran-kemahiran penyesuaian termasuk kemahiran sensori-motor, komunikasi (bahasa dan pertuturan), kemahiran membantu diri (self-help skills), kemahiran sialisasi, aplikasi kemahiran asas dalam kehidupan seharian dan kemahiran membuat keputusan sendiri.

 

Masa depan kanak-kanak Istimewa

Ibu bapa perlu memikirkan masalah-masalah yang akan dihadapi oleh anak mereka pada masa depan dan mencari resolusi untuk masalah-masalah ini. Sebagai ibu bapa mereka mesti berusaha menjadi kuasa penggerak bagi menyedarkan masyarakat berkenaan  keperluan, hak asasi dan kemahuan anak istimewa. Ibu bapa adalah orang yang benar-benar mengetahui, prihatin dan peka pada anak istimewa. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka untuk berusaha mendapatkan penglibatan masyarakat demi masa depan anak mereka. Tanpa penglibatan ibu bapa yang baik dan tanpa usaha gigih, kemungkinkan nasib anak istimewa pada masa depan tidak cerah. Falsafah yang harus mendiring ibu bapa ialah `Fikirkan berkenaan keupayaan bukan ketidakupayaan` Think Ability Not Disability`.

 

(Dipetik dari buku Pendidikan kokurikulum.)

Disemak Tahun 2003.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: