Kurang Upaya Pendengaran (BD)

Disediakan oleh SITI KHATIJAH BT MANSOR AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

Kurang Upaya Pendengaran bermakna berlakunya kecacatan anatomi dan fisiologi telinga.Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab-sebab yang menyebabkan kehilangan pendengaran :-

  1. Keturunan- faktor genetik
  2. Maternal Rubella- semasa peringkat awal mengandung
  3. Antibiotik
  4. Kecederaan- akibat kemalangan, terjatuh atau kena pukul
  5. Bunyi yang kuat dan berterusan / kerja ditempat yang bising
  6. Jaundice- sehingga terpaksa tukar darah
  7. Otitismedia
  8. Rawatan akubutor melebihi 1 minggu
  9. Berat badan rendah semasa lahir- kurang daripada 1.5 kg
  10. Demam panas/ selsema yang berpanjangan
  11. Lanjut usia

Kurang Upaya Pendengaran menyebabkan tidak dapat mendengar bunyi-bunyi bahasa dan tidak dapat bertutur bagi yang mengalaminya sejak kecil dan tidak diajar latihan pertuturan oleh `speech therapy’, guru dan juga ibubapa.Kurang Upaya Pendengaran boleh diukur dengan mengunakan Ujian Kebolehan Mendengar oleh audiologis menggunakan alat yang dinamakan audiometer.Tahap pendengaran yang diukur adalah seperti berikut:- 

Normal                      0-19db  (biasa)

Mild                        20-40db  (ringan)

Modurate                 41-70db  (sederhana)

Severe                    71-89db  (berat)

Profound                 90 +        (sangat teruk) 

Alatan Khas untuk mengukur pendengaran

1.                   Audiometer

2.                   Play audiometry

3.                   URA ( Renforcement Audiometry)

4.                   Ujian Distraksi

5.                   Ujian Pure Tone Audiologi (PTA) 

Masalah Pendengaran boleh berlaku disebabkan masalah pada telinga luar ataupun dibahagian dalam (koklea). Tanda-tanda kehilangan pendengaran 

1.                   Pertuturan pelat

2.                   Kadangkala tiada respon dalam situasi bising

3.                   Ejaan lemah

4.                   Beri perhatian kepada muka penutur

5.                   Kurang tumpuan

6.                   Meminta diulang apa yang disebut

7.                   Meninggalkan beberapa bunyi pertuturan

8.                   Suara yang terlalu lembut atau kuat

9.                   Lambat bertindak balas atas arahan

10.               Masalah imbangan badan   

Alat Bantu Mendengar (ABD)

          Fungsi alat ini adalah untuk menguatkan bunyi supaya dapat didengar (tanpa gangguan atau ketidak selesaan). 

Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran 

1.                   Body worn

2.                   Eyeglass- diletak di tangkai cermin mata

3.                   Bone conductor- bentuk macam headphone

4.                   Behind the ear (BTE)

5.                   In the canal (ITC)

6.                   In the ear(ITE)

7.                   Complate in the ear

(CITE) 

          Alat pendengaran digital boleh di`set’ nyaring atau lebih rendah

.          Bahan pengering alat pendengaran ialah Denumidifier. 

Kurang Upaya pendengaran sesetengahnya boleh dipulihkan dengan memakai alat pendengaran individu atau melalui pembedahan implan koklea. Pembedahan implan koklea memerlukan kos yang tinggi tetapi tidak menjanjikan kejayaan sepenuhnya. Pelajar Kurang Upaya boleh mendapatkan khidmat nasihat serta terapi di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

Semua pusat khidmat diseluruh negara menyediakan:- 

1.                   Audiologi

2.                   Terapi Pertuturan

3.                   Fisioterapi

4.                   Terapi cara kerja

5.                   Kaunselor

6.                   Educational Psikologi

7.                   Orientasi Mobiliti (Buta)

8.                   Parapetatik (LD & Pekak)

9.                   Penyelaras Pendidikan Khas

10.               Pegawai Intervensi Awal 

Semua kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian adalah untuk kemudahan dan kegunaan pelajar Pendidikan Khas. Kemudahan yang diberikan adalah untuk meningkatkan potensi diri pelajar Pendidikan Khas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: