PROGRAM PENINGKATAN KOKURIKULUM

Disediakan oleh ZANARIAH BT. MOHAMAD ROLI AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah diadakan pada 18-20 Julai 2008,bertempat di Raudhah Camp, Pulau Pangkor.Seramai 8 orang murid dan 6 orang guru telah mengikuti kursus ini. Matlamat aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat jati diri murid dan melahirkan ciri-ciri kepimpinan pada diri murid khas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu, ‘Ice Breaking’, Repealling, Camp fire, Jungle Trekking serta aktiviti riadah.

PROGRAM PERKHEMAHAN

Telah diadakan pada 17 & 18 Oktober 2008. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan suasana perkhemahan dan memupuk keyakinan diri yang tinggi dikalangan murid.

LAWATAN KE MUZIUM PERAK

Diadakan pada 24 April 2008. Seramai 31 orang murid tahap 1,2 dan prasekolah telah mengikuti lawatan ini. Matlamat program ini adalah mendedahkan murid kepada warisan budaya masyarakat melayu serta keunikan dan kekayan khazanah negara Malaysia. Semasa di Muzium Perak, murid telah mengikuti aktiviti yang dirancang dimana  murid tahap 1 dan prasekolah diberi aktiviti  mewarna manakala murid tahap 2 dibahagikan kepada dua kumpulan dan menjalankan aktiviti ‘explorace’.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING

Diadakan pada 13 Februari 2008. Seramai 31 orang murid telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping.Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk membina sikap positif , bertanggungjawab serta memupuk semangat cintakan flora dan fauna.Disamping itu juga, murid dapat mendekati dan memahami habitat pelbagai haiwan dengan lebih dekat.

SUKAN TAHUNAN

Sukan tahunan SKPK Taiping telah diadakan pada 22 Mac 2008, bertempat di Padang S.K. King Edward VII(2). Objektif Sukan Tahunan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid dalam sesuatu acara sukan. Diantara acara yang dipertandingkan ialah Lari 100 m tahap 2, 4x100m tahap 2,  Terdapat juga acara sukaneka untuk murid prasekolah dan ibubapa.

PROGRAM GEMPUR KOKURIKULUM (BULAN PERSATUAN DAN PERMAINAN)

Dijalankan sepanjang bulan Julai, dimana objektif program adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aktiviti kokurikulum.Program ini diadakan dalam bentuk pertandingan permainan bagi Bola Jaring, olahraga dan badminton. Manakala Persatuan Bahasa Melayu dan Sains &Matematik menyediakan projek membuat buku skrap ataupun folio yang berkaitan dengan persatuan.

MENJEJAK TULIP DI BUKIT LARUT

Menjejak Tulip telah dijalankan pada 13 Ogos 2008 di Bukit Larut.Seramai 8 orang murid tahap 2 dan 6 orang guru telah mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi pengalaman kepada murid serta menghayati keindahan alam sekitar. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: