PROGRAM MOBILITI, REKREASI DAN SAMBUTAN HARI JADI

Disediakan Oleh ZARINA BT MOHAMED ZAIN AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama 

TAJUK    :  KALENDAR PERISTIWA BULAN JULAI SMK DATO’ KAMARUDIN

TARIKH   : 9 JULAI 2008

TEMPAT  : ZOO TAIPING

AKTIVITI : PROGRAM MOBILITI, REKREASI DAN SAMBUTAN HARI JADI

 dscn2752.jpg  dscn2762.jpg  dscn2770.jpg  dscn2794.jpg  dscn2809.jpg

Pada 9 Julai 2008 (Rabu) seramai 17 orang murid dan 6 orang guru serta staf Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Kamaruddin telah berjaya melaksanakan Program Mobiliti, Riadah dan Sambutan Hari Jadi ke Zoo Taiping. Rombongan bertolak dari sekolah dengan menaiki bas.. Rombongan kami disambut baik oleh pegawai Zoo Taiping. Kami merupakan pengunjung pertama pada hari itu. Kemudian, kami diberi penerangan tentang peraturan dan perkara-perkara yang dilarang semasa berada di Zoo Taiping.

Pada pukul 9.00 pagi, kami dibawa menaiki keretapi untuk melihat haiwan-haiwan yang terdapat di dalam zoo. Semasa berada di dalam keretapi, kami diberi serba sedikit penerangan tentang haiwan yang terdapat di zoo serta habitatnya oleh pemandu keretapi. Aktiviti seterusnya ialah acara sambutan hari jadi untuk pelajar, guru dan staf. Sambutan hari jadi ini bertujuan untuk meraikan pelajar, guru dan staf yang lahir pada bulan Januari hingga Jun.

Majlis sambutan hari jadi dimulakan dengan ucapan pengurus Program Riadah, Mobiliti dan Sambutan Hari Jadi. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan penyelaras Program pendidikan Khas Integrasi iaitu Pn. Nor Mala Bt Abdul. Acara seterusnya ialah memotong kek hari jadi oleh guru dan pelajar. Seterusnya, penyampaian hadiah hari jadi oleh penyelaras kepada guru dan pelajar. Acara sambutan hari jadi di akhiri dengan acara jamuan makan tengah hari.  

Sebelum bertolak pulang ke sekolah kami dibawa mengelilingi Taman Tasik Taiping dengan menaiki bas. Pada pukul 12.00 tengah hari rombongan telah bertolak pulang ke sekolah dan pada pukul 12.30 tengah hari kami tiba di sekolah. Setelah sampai di sekolah para pelajar diberi sedikit kuiz tentang program yang mereka ikuti untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka serta objektif yang ingin dicapai. Para pelajar menunjukkan respon yang baik tentang program ini.

Program ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini diucapkan ribuan terima kasih.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: