PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN DI SEK.SUNGAI TINGGI TRONG

Disediakan oleh NORESAH BT MOHD SAPRI (SK SG TINGGI), AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama

Pelaksanaan Program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran di sini dilaksanakan secara sepenuh masa dalam kelas khas . Terdapat dua buah kelas yang masing-masing mempunyai seramai 8 dan 7 orang pelajar iaitu KKBP Kelas Mutiara dan KKBP Kelas Nilam.

Program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb. Sungai Tinggi, juga melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) untuk pelajar-pelajar mereka. Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu ini dibuat bagi tujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar serta membuat perancangan pendidikan yang diperlukan oleh individu pelajar Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran mengikut potensi dan keperluan khas mereka yang berbeza-beza .

Waktu persekolahan adalah dari hari Isnin hingga Jumaat iaitu bermula dari jam 7.40 pagi hingga 12.30 tengahari. Pelajar akan pulang pada jam 01.00 petang setiap hari Isnin untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Senarai Murid

JENIS-JENIS KECACATAN PELAJAR-PELAJAR KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEK. KEB. SUNGAI TINGGI

Jenis-jenis Kecacatan

Bilangan

Jenis Kecacatan

Bilangan Pelajar

Peratusan(%)

1.

Down Sindrom

12

70 %

2.

Slow Learner

3

18%

3.

Eperdermis Bullo

1

6%

4

Hunter Sindrom

1

6%

Jumlah

15

100

FALSAFAH SKST

Skst Adalah Sebuah Institusi Masyarakat Yang Menjalankan Pendidikan Mengikut Dasar Kerajaan Dan Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara Bagi Menghasilkan Murid Yang Lengkap Pendidikan Asas Sebelum Ke Sekolah Menengah Dan Menjadi Dewasa Bersesuaian Dengan Moto Sekolah Berilmu, Berdisiplin Dan Berbakti

Motto SKST

Berilmu , Berdisiplin , Berbakti

Visi SKST

Mencapai Keunggulan Sahsiah , Kecemerlangan Pendidikan Dan Berwawasan Global

Misi Skst

Melaksanakan Bimbingan Secara Adil Dan Saksama Sehingga Terbentuk Sahsiah Mulia Menjana Segala Sumber Yang Ada Bagi Kecemerlangan Pendidikan Manfaatkan Kemudahan Ict Bagi Melahirkan Murid Berwawasan Global

Visi PPKI

Melahirkan insan yang berketrampilan, berkeyakinan, berkeperibadian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: