Profil SK Sultan Idris II

Disediakan oleh RUSMAWATI MOHAMAD & YUZIYANA BT KAMARUDIN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Latar belakang sekolah

Sekolah ini diasaskan pada 19hb Mei 1963 dan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Ulu Ijok. Pada 8hb Mac 1984, sekolah ini dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Sultan Idris Shah Ibnu Almarhum Sultan Iskandar Shah yang disertai oleh DYMM Raja Permaisuri Perak. Sempena perasmian ini Lembaga Pengurus Sekolah telah momohon limpah kurnia perkenan menamakan sekolah ini dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II, LKTP IJOK, SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN.

Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Sultan Idris II

Program Pendidikan Khas Integrasi ini dibuka pada Februari 2008 dengan 1 orang guru dan 9 orang murid. Pada masa itu, hanya terdapat 1 kelas. Pada pertengahan Mac 2008, 2 orang guru GSTT telah ditambah dan kelas dibahagi 2. Seramai 5 orang murid telah ditempatkan dalam kelas Bijak dan 4 orang murid dalam kelas Cerdik. Pada awal Mei dan Jun 2008, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid telah ditempatkan bagi membantu guru Pendidikan Khas mengendalikan murid. Pada awal Oktober, 2 orang murid telah ditambah ke aliran Pendidikan Khas dan ditempatkan 1 orang di kelas Bijak dan 1 orang di kelas Cerdik.

Kini bilangan guru seramai 3 orang dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Pengurusan Murid dan 11 orang murid.

Kategori Masalah Murid

• Slow Leaner 6 orang
• Dyslexsia 2 orang
• Sindrom Down 2 orang
• Pertuturan dan pendengaran 1 orang

Visi dan Misi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: