POGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DIRI

Disediakan oleh ZANARIAH BT. MOHAMAD ROLI AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

KEMPEN BUDI BAHASA

Kempen ini telah dijalankan sepanjang tahun bagi mendidik murid agar menghormati guru, ibubapa serta rakan sebaya. Selepas perhimpunan pagi dan waktu pulang, murid akan bersalaman dengan guru dan mengucapkan salam apabila bertemu dengan guru.

SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan Hari guru disambut pada 16 Mei 2008. Pada perimpunan pagi, guru dan murid berhimpun di tapak perhimpunan, Sebelum acara dijalankan, Guru besar telah membaca perutusan dari Menteri Pelajaran malaysia. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut. Antaranya sukaneka diantara guru dan murid.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan pada awal bulan Ogos. Pihak guru dan murid telah bekerjasama menyediakan bendera gergasi dan direntangkan di hadapan bangunan sekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan keceriaan kelas, mewarna jalur gemilang bagi murid tahap 1 dan prasekolah. Manakala murid tahap 2 mencipta buku skrap tentang kemerdekaan. Pada 29 Ogos, para guru dan murid telah berarak di Jalan utama Taming sari sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Selepas itu, murid telah menyertai pertandingan ‘treasure hunt’ dan sukaneka kemerdekaan bagi tahun 1, prasekolah dan KKBP. 

PROGRAM KESELAMATAN SEKOLAH

Pihak sekolah telah mengadakan satu latihan kebakaran pada 10 Julai 2008. Murid telah diberi latihan menyelamatkan diri sekiranya ada berlaku kebakaran di sekolah. 

PROGRAM ANTI DADAH

Program Anti Dadah diadakan bertujuan untuk memberi maklumat dan mendidik murid agar tidak terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah mewarna poster, kuiz, serta ceramah. 

PROGRAM RIMUP

Meriahkan Syawal telah diadakan pada 17 Oktober 2008.  Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mewujudkan semangat dan hubungan rapat diantara pelbagai kaum. Para ibubapa juga telah melibatkan diri di dalam program ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: