Kita ‘guru istimewa’

Disediakan oleh Puan Noraha Bt Abdul Rahaman, (Penyelaras PPKI)

Bukan semua orang sanggup terlibat dalam dunia pendidikan khas. Hanya orang yang terpilih sahaja. Hanya manusia yang mempunyai ketahanan psikologi yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran yang dimiliki oleh murid pendidikan khas. Kita perlu ucapkan tahniah pada diri kita kerana kerelaan untuk bergelar guru pendidikan khas. Siapa yang dapat mendidik anak istimewa melainkan guru yang istimewa? Jelas di sini, kita adalah orang yang istimewa! Keistimewaan yang bukan dimiliki oleh semua manusia. Orang lain berlumba-lumba mengajar murid yang cerdas. Orang lain beria-ria mengajar dengan cara yang mudah. Kita? Kita mencari murid yang sukar dibimbing daripada murid biasa. Kita mencari murid istimewa. Tidakkah kita dipanggil unik?

Apa pun alasan kita terjun ke bidang ini, ia tidak penting. Perkara yang utama, apabila kita berikrar untuk menyumbang bakti kepada murid istimewa. Setiap langkah yang diambil dalam dunia pendidikan khas, diberikan ganjaran oleh Tuhan. Cuma yang perlu adalah, kita ikhlas bekerja demi melihat mereka berjaya.

ADAKAH ANDA SEORANG GURU PENDIDIKAN KHAS YANG PROFESIONAL?


TERUSKAN USAHA MURNI ANDA!!!!!!


SEMOGA BERJAYA DAN MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: