KARYA SK KAMPUNG GUDANG

Disediakan Oleh ANIDA BINTI ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang Selama

 DIA DAN TASIK

PETANG KIAN BERLABUH,

SEKALI LAGI DIA MENGUNJUNGI TASIK ITU,

TASIK YANG MENYIMPAN SEJARAH,

TASIK YANG MENYEMBUNYIKAN KENANGAN. 

ADAKAH BENAR IANYA TASIK?

ATAU HANYALAH BEKAS LOMBONG,

TASIK ATAU LOMBONG…IA TETAP MENYIMPAN SEJARAH…

IA TETAP MENYEMBUNYIKAN SERIBU SATU KENANGAN.

KUNJUNGANNYA PETANG ITU,

BERSAMA LUKA DAN LARA,

INGIN DIBENAMKAN KE DASAR TASIK,

INGIN DILAYARKAN KE TENGAH TASIK,

AGAR IA TAKKAN KEMBALI LAGI….

BATUAN-BATUAN KECIL MENJADI MANGSA TANGAN RAKUSNYA

RUMPUT-RUMPUT LIAR JUGA TURUT TERSIKSA

PELBAGAI PERASAAN BERCAMPUR BAUR

TAK TERLEPAS JUGA DIA…

DARI BISIKAN SYAITAN DURJANA

HINGGA HAMPIR MEMUSNAHKAN DIRI

NAMUN TASIK ITU MENGAJARNYA,

KEMBALI PADA SUATU KESEDARAN,

BAHAWA SETIAP SESUATU ADALAH KETENTUAN ILLAHI,

JUGA BETAPA HEBAT UJIAN MENIMPA DIRI

DAN AKHIRNYA

DIA PASRAH…

DAN BERSERAH…

Coretan : Anida Binti Abu Bakar (SK Kampung Gudang)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: