Kanak-Kanak Menghidap Sindrom ADHD Lebih Bertenaga, Cepat Gelisah Serta Hilang Tumpuan

Disediakan oleh MOHD FAIDZ HJ. IBRAHIM Moderator Zon Taiping Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

PERASAAN marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).
ADHD biasanya lapan peratus ke 10
peratus dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.
Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan.
Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Syed Nazir Ms Kadir, berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas.
“Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru.
“Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik,” katanya kepada Berita Minggu.
Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut.
Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia.
Dr Syed Nazir berkata, ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD.
“Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10 peratus lebih kecil daripada otak normal.
“Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu,” katanya.
Pelbagai kontroversi mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara tiga hingga lima peratus kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun.
ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik.
Apa yang membimbangkan 35 peratus daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan.
Selain itu 18 peratus daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri.
Kira-kira 25 peratus lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit.
Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: