Apakah Tanda-Tanda ADHD?

Disediakan oleh MOHD FAIDZ HJ. IBRAHIM Moderator Zon Taiping Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :- 

1. Hiperaktiviti 

·         Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk ·         Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas ·         Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok ·         Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap ·         Selalu banyak bercakap ·         Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”

2. Tempoh tumpuan yang singkat

·         Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain

·         Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas

·         Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

·         Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)

·         Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

·         Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

·         Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

3. Tingkah laku impulsif 

·         Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

·         Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

·         Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

·         Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya. 

Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?

ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalah-masalah lain.Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik.Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka. 

Masalah ADHD : 

·         Masalah sosial.

Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.

·         Masalah keluarga.

Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: