MAJLIS TILAWAH PENDIDIKAN KHAS DAERAH LMS 2008

Disediakan Oleh ZARINA BT MOHAMED ZAIN AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama

 dscn3245.jpg   dscn3247.jpg   dscn3252.jpg 

                      dscn3262.jpg   dscn3265.jpg

TARIKH      : 25 SEPTEMBER 2008

TEMPAT     : SK KG. BOYAN TAIPING

AKTIVITI    : MAJLIS TILAWAH PENDIDIKAN KHAS DAERAH LMS 2008

PPKI SMK Dato’ Kamaruddin tidak ketinggalan menyertai Majlis Tilawah Pendidikan Khas Daerah LMS 2008 yang diadakan pada 25 September 2008 yang lepas. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mat Lazim B Idris, Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama.

Acara-acara yang disertai ialah Tilawah Al-Quran, bercerita kisah Al- Quran, hafazan Al-Quran, azan dan nasyid bagi kategori Bermasalah Pembelajaran (BP).  Sejak bulan Mac 2008 lagi Penyelaras PPKI SMK Dato’ Kamaruddin telah memberikan pendedahan awal tentang majlis tilawah ini kepada para pelajar, guru-guru dan PPM. Para pelajar yang berpotensi bagi setiap acara yang disertai telah dikenalpasti sejak awal lagi. Setiap guru dan PPM diberikan tugas untuk melatih dan membimbing peserta bagi setiap acara.

Pada hari tersebut, peserta-peserta daripada PPKI SMK Dato’ Kamarudin berjaya  mendapat tempat dalam beberapa acara seperti Tilawah Al- Quran tempat ke 2 dan ke 3, bercerita kisah Al-Quran tempat ke 3, hafazan Al-Quran tempat ke 2 dan nasyid tempat ke 3. Walau bagaimanapun, kebolehan peserta-peserta masih boleh diasah dan digilap pada masa akan datang. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru dan PPM yang sama-sama berusaha untuk membimbing para peserta untuk menyertai majlis tilawah tersebut.  Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas buat Penyelaras Program, Pn Nor Mala Bt Abdul yang banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada guru-guru dan PPM untuk membuat persiapan dan membimbing para peserta.  Beliau juga turut turun padang melatih pasukan nasyid dan memberi semangat kepada semua. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: