Profil SMK Bukit Jana

Disediakan Oleh Kamarul Hadi Bin Jahaya & Salasiah Bt. Othman AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

SEJARAH PENUBUHAN  

Pada Julai 1998, 2 orang guru telah ditempatkan di SMK Bukit Jana sebagai persediaan untuk pembukaan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi. Penubuhan program ini telah berjaya dimulakan pada 4 November 1999 dengan bilangan guru seramai 3 orang dan murid seramai 11 orang. Sejak itu, program ini telah berkembang pesat dan kini mempunyai 15 orang guru,71 orang murid dan 6 orang Pembantu Pengurusan Murid. 

VISI

PPKI SMK Bukit Jana akan menjadi sekolah yang terbaik dan terbilang dalam daerah LMS bagi melahirkan pelajar yang berdikari dan berkerjaya menjelang 2015. 

MISI 

Untuk merealisasikan visi, PPKI SMKBJ akan memastikan misi berikut terlaksana dengan jayanya: 

  1. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
  2. Melaksanakan program vokasional yang terancang dan sistematik.
  3. Menyediakan kemudahan dan kepakaran yang mencukupi bagi menjalankan program-program vokasional .
  4. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  5. Mewujudkan semnagat kerja berpasukan dan berkobalirasi dalam menjayakan program-program yang dirancang.

  

MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI  

Penubuhan kelas khas adalah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mengamalkan kelaziman hidup seperti juga kanak-kanak biasa.   

Objektif-objektif utama adalah:

  

*      Membolehkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.

*       Menempatkan kanak-kanak ini dalam persekitaran yang seakan-akan biasa mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.

*       Membolehkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek seawal mungkin.

*       Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan.

*       Menggalakkan penyertaan aktiviti-aktiviti harian yang tidak terhad.

*       Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang biasa.

      *       Melahirkan dan mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: