Profil SMDB

Disediakan oleh SITI KHATIJAH BT MANSOR AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK DOKTOR BURHANUDDIN, TAIPING

 161020084327.jpg161020084325.jpg161020084328.jpg161020084333.jpg

Kelas Pendidikan Khas (percantuman) untuk pelajar-pelajar masalah pendengaran di Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin dimulakan pada bulan Januari 1981 oleh Cik Cecilia P. Pereira. Pelajar pertama Kelas Pendidikan Khas adalah seramai 9 orang pelajar. Mereka belajar di Tingkatan 1 Khas. Guru kelas yang mengajar mereka pada masa itu ialah Cik Cecilia Pereira.

Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 6 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar Cina dan seorang pelajar India. Umur mereka pula di antara 14 hingga 17 tahun dan masing-masing mengalami masalah pendengaran yang teruk dan hanya seorang yang dapat mendengar sedikit.

Mereka juga belajar bersama-sama dengan pelajar normal (kelas percantuman) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Sains dan Rumah Tangga. Dalam pembelajaran mereka menggunakan kaedah `Oral Method’, `speech’, `audiotory training’ dan `lipreading’.`Finger Spelling’ diperkenalkan kepada pelajar pada bulan September 1969. Kod Tangan Bahasa Melayu pula diperkenalkan kepada guru-guru pada tahun 1978 dan kepada pelajar-pelajar pada tahun yang berikutnya. Pada peringkat permulaan Kaedah Oral digunakan, pelajar lebih gemar dengan Kaedah `Lipreading’ dan 4 orang pelajar sahaja yang suka dengan Kaedah Oral. Mereka lebih suka belajar dalam Kelas Percantuman kerana mendapat lebih ramai kawan.  

Pelajar-pelajar masalah pendengaran ini melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti Sukan Tahunan, merentas Desa, Minggu Bahasa Inggeris dan sebagainya. Mereka juga menghadapi peperiksaan yang sama seperti pelajar-pelajar normal.Pada tahun ini (2008), terdapat seramai 7 orang guru termasuk 2 orang Penyelaras dan seorang Pembantu Pengurusan Murid(PPM).Manakala pelajar adalah seramai 24 orang yang yang terdiri daripada program Bermasalah Pendengaran(BD) dan Bermasalah Pembelajaran(BP).               

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: