Profil PPKI SK Rantau Panjang

Disediakan oleh NORHAIDA BT HJ MOHD NOR dan AZIDA BINTI BADARUDDIN AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama. 

 Gambar Kelas PPKI SKRP 

MOTTO 

“Menjana Insan Berjati Diri”

VISI

Menjadikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Rantau Panjang sebagai salah satu daripada 10 program terbaik dalam daerah LMS menjelang tahun 2010.

MISI

Kami warga PPKI SK Rantau Panjang bersama Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran Sekolah sedia melaksanakan tugas dengan cepat,telus dan inovatif bagi memastikan program kami dapat dijalankan dengan bersepadu dan komprehensif berdasarkan kriteria berikut :

a. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

b. Pengurusan fail yang kemas dan sistematik.

c. Iklim organisasi yang ceria dan kondusif bagi meransang pengajaran dan pembelajaran

    yang berkesan serta persekitaran kerja yang selesa dan menarik.

d. Penglibatan murid yang aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

e. Pembentukan sahsiah dan jati diri murid yang seimbang dan menyeluruh berasaskan    

    Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RANTAU PANJANG

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ini telah diwujudkan pada tahun 1935 atas dayausaha penduduk setempat. Pengambilan mujrid yang pertama dilakukan pada tahun 1937. Di peringkat awal penubuhan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Laki – Laki Rantau Panjang. Bangunan asalnya diperbuat daripada buluh,berbumbungkan atap bertam serta beralaskan tikar mengkuang.Guru yang pertama yang telah dilantik mengajar di sekolah ini adalah En Hassan bin Muhamad yang berasal dari Port Weld. Pada ketika ini, jumlah murid lelaki dan perempuan adalah berjumlah 72 orang sahaja. Sehingga ini, murid tuanya yang masih hidup adalah Tn Hj Jamaluddin bin Che Teh yang juga merupakan ALP sekolah. Pada tahun 1940, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan Inggeris dan telah diberi bantuan penuh. Apabila berlaku perang dunia ke 2 pada tahun 1941, sekolah ini terpaksa ditutup. Sesudah perang berakhir, ianya telah dibuka semula dan Guru Besar pertama yang telah dilantik adalah En. Burhan. Sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Melayu Rantau Panjang di mana bilangan muridnya juga semakin bertambah. Hari ini Sekolah Melayu Rantau Panjang telah dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dan berada di bawah pentadbiran En. Shahidan Bin Mat selaku Guru Besar.

 VISI SEKOLAH

Ke arah kecemerlangan pendidikan dalam bidang kurikulum,
Ko kurikulum dan sahsiah hingga mencapai taraf dunia

 

 MISI SEKOLAH

 

1. Penumpuan usaha meningkatkan taraf pendidikan murid
2. Melahirkan murid yang berpotensi dalam semua bidang
3. Membentuk tenaga kerja yang bersatu dan peka terhadap perubahan
4. Melahirkan generasi berdisiplin dan bebas dari gejala dadah

 

SEJARAH PENUBUHAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Rantau Panjang telah dimulakan pada 3/1/2007.

Program ini dimulakan dengan murid seramai 4 orang yang terdiri daripada 3 orang pelajar Slow Learner dan seorang pelajar Hyperaktif.

Seorang penyelaras telah ditempatkan di PPKI SKRP iaitu Pn. Nor Shakiah Bt Hussain.

Pada bulan Jun 2007, seorang guru GSTT dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah ditempatkan di kelas PPKI SKRP iaitu Pn. Azida Bt Badaruddin(GSTT) dan Cik Syafini Syuhadah Bt Said (PPM)

Bagi sesi persekolahan Mac 2008, dua orang guru GSTT telah ditempatkan di kelas PPKI SKRP iaitu Pn. Azida Bt Badaruddin dan Cik Norhaida Bt Hj. Mohd Nor.Memandangkan 2 buah kelas diwujudkan di program ini maka seorang pembantu pengurusan murid (PPM) telah dihantar pada bulan Mei 2008 iaitu Cik Jammiah Binti Hj Mohd Daud.

Cik Norhaida bersama murid-muridnya Murid KKBP sinaran.jpg harapan.jpg dsc02356.JPG

BILANGAN PELAJAR PPKI SKRP SEHINGGA PENGHUJUNG TAHUN 2007

Kategori Murid:

Kategori

Lelaki

Perempuan

Slow Learner

4

2

Hyperaktif

1

Terencat Akal

1

1

Epilepsi

1

Jumlah

7

3

BILANGAN PELAJAR PPKI SKRP SEHINGGA APRIL 2008

Kategori Murid:

Kategori

Lelaki

Perempuan

Slow Learner

6

3

Hyperaktif

1

Terencat Akal

1

1

Epilepsi

1

Jumlah

9

4

pai.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: