MEMORI SEPI – ALLAHYARHAM SHARUL IMRAN

Disediakan oleh Rosmizam Bin Rosli, Rozita Bt. Zubir & Zaiton Bt. Hassan (AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama)


                                                                                                             gambar-adik-sharul-imran-new.JPG

                                                         

MEMORI SEPI DITUJUKAN UNTUK ALLAHYARHAM SHARUL IMRAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SK BUKIT JANA..   

Renik-Renik Syahdu Turun Menyembah Bumi 

Tatkala Berita Kepulanganmu 

Tatkala Izrail Menjengah, Memanggilmu 

Tatkala Kau Baru Cuba Untuk Mengenali Dunia Ini 

Tatkala Larianmu Mula Berseni, 

Tatkala Kau Melihat… 

Kerbau Berendam Hiba 

Tatkala Kau Melihat… 

Tangis Budak Membuang Nyawa 

Kau Terus Hilang 

Kau Terus Pergi  

Kau Meninggalkan Kami Di Sini   

Masih Terbayang Diraut Wajah Para Pendidik Di Sini 

Kau Sentiasa Cuba Menduga Kami 

Kau Sentiasa Merenungi Gembira Kami 

Kau Sentiasa Menunjuk Lara Sejati 

Walau Kami Tidak Memahami 

 Namun Di Bibirmu  Terukir Senyum Hakiki, 

Walau Kami Menari Sepi 

Namun Kau Tetap Berdiri Manja, 

Walau Kami Berdiam Seribu Bahasa 

Namun Kau Tetap Memuja Ria, 

Kau Hilang, Kau Pergi, Kau Tetap Di Hati…   

Rasa Baru Kau Di Sini 

Laksana Cinta Sebening Pagi 

Dulu Kau Terdiam Sejuta Makna 

Dulu Kau Tidak Tahu Apa-Apa 

Dulu Kau Ibarat Penumpang Di Rumah Ini 

Entah Mengapa? 

Saat-Saat Terakhir Kau Disini, 

Kau Sudah Mula Pandai Tulis Baca… 

Kau Sudah Tahu Tersenyum Gembira… 

Kau Sudah Tahu Bertegur Sapa… 

Kau Sudah Mula Mengenal Dunia… 

Namun, Kami Tidak Dapat Menolak Panggilan Darinya 

Kau Lebih Disayangi … 

Kau Sahut Seruan Ilahi… 

Kau Hilang, Kau Pergi 

Namun Namamu Tetap Terpahat Di Sini…

  

NUKILAN          : PENGHULU CAHAYA( USTAZ AHZIZUL ANUAR)

                          5 SYAWAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: