Disediakan Oleh Rosmizam Bin Rosli, Rozita Bt. Zubir & Zaiton Bt. Hassan (AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama)
Tanggal 19 Mac 2007, hari Isnin Jam 7.40 pagi……
Di Sek. Keb. Bukit Jana,
Hadir seorang insan kerdil mencuba nasib
Di gelanggang ilmu setelah 20 tahun tertidur
Lalu bangkit kembali mengisi ruang yang diberi……
Untuk menyambung cita-cita
Diri, murid dan jua teman….
Jika ada kudrat dan akal ku cuba gagahi
Walau sekian lama ku tidak berpuisi rasa hati
Mungkin kali terakhir adalah titipan surat cinta
Biarlah terdetik meluahkan rasa syukur,
Terima kasih dan terhutang sangat pada negara….
Pensyarah yang budiman
Yang pengasih jua penghibur lara
Tiada nilai untuk ku berikan buat kalian,
Yang cepat mesra, prihatin dan budiman
Ku rasa ini sukar dirasai di dunia sekolah
Tempat mencari sesuap nasi yang rata-rata wajah berkerut
Cerita sedih, keluh rasa marah, kesal dan kecewa dengan gelagat murid
Kerja-kerja yang tak pernah kurang
Tapi tiada terima kasih apalagi penghargaan,
Biarlah…..
Tetap jua ku terima kerana mereka tidak matang psikologi,
Berfikir, etika, organisasi dan kesempurnaan diri…
Masih perlu diperbaiki…
Buat semua pensyarah,
Terima kasih dan pohon maaf tidak sempat ku betanya banyak perkara,
Tidak tahu soalan apa,
Pesan mereka jangan jemu dengan ilmu walau anda lanjut usia,
Pesan mereka jangan pukul insan istemewa kerana mereka kamu senang dapat pahala
Ikhlas hati sentiasa di jiwa
Akan ku ingat sampai bila-bila
Mereka sumber inspirasi, idola semua…
Buat semua muridku,
Walaupun kamu INSAN ISTEMEWA
Namun aku tidak pernah geli, jijik memandangmu
Akanku belai dan didikmu dengan penuh kasih sayang
Inilah sumpah keramatku,
Aku tidak akan leka demi mendidikmu…
Buat semua teman guruku SKBJ yang banyak membimbingku,
Yang lambat mengerti jika tidak diulang berkali-kali,
Kita sama menempuhi dunia pendidikan istemewa disini
Kita sama menyelami, mendaki Banjaran Bintang
Menyusur tebing Bukit Jana
Singgah di Kamunting
Susuri Taman Tasik
Rehat di Bandar warisan
Bersarapan nasi lemak sambil memandang keindahan Bukit Maxwell
Carilah, terokailah selagi daya alam, perasaan, ketuhanan, kemanusiaan
Hingga suatu hari boleh diceritakan,
Dulu moyang pernah bersampan sendirian
Mengutip ketam, kerang
Lalu dikumpul dalam bakul impian
Buat cicit semua semoga mengerti……
Coretan terakhir ini
Khas buat anak muridku Shahrul Imran Bin Saiful Nor
Yang dijemput ilahi pada………….Tatkala aku sedang sibuk berjuang
Untuk menjadi seorang pendidik…
Penulis:
Zaiton Bt. Hassan
Filed under: Berita, SK Bukit Jana | Tagged: Berita |
Assalamualaikum
Puisi ini sangat jelas menggambarkan pahit manis perjuangan seorang pendidik insan istimewa. Tahniah kepada pengarangnya, saudara Zaiton Bt Hassan. Terima kasih kerana berkongsi bersama.
Tahniah untuk semua pendidik insan istimewa. TERIMA KASIH. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Usaha kalian tidak akan sia-sia. Tetaplah tabah dan cekal mengharungi dunia istimewa yang mencabar ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada roh adik Shahrul Imran Bin Saiful Nor, Amin…
Semoga kita sama-sama dapat menjadi pendidik yang akan menjadi kebanggaan anak murid kita.
Syabas dan Tahniah! kepada SEMUA GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS…Jasa kalian hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya…AMIN..
tersentuh bace puisi ni..walaupun saya baru menceburi bidang pendidikan khas.
Assalamualaikum……….Sebagai seorang insan yang bergelar pendidik kepada anak-anak istimewa, sy amat tersentuh sekali membaca puisi ini, banyak bait-bait kata yang boleh kita jadikan ingatan dalam mendidik mereka yang pastinya ahli syurga.TAHNIAH buat cikgu Zaiton,,,,,,,,,,
Assalamualaikum….tersentuh hati saya membaca puisi ini. Syabas dan tahniah kepada penulisnya. Saya mempunyai seorang anak istimewa yang sekarang ini telah menjangkau umur 8 tahun dan bersekolah di Sek Keb Long Jaafar, Kamunting, Perak.
Semoga ianya dpt memberi semangat yg lebih kuat untuk saya mendidik anak tersebut. Terima kasih kepada semua guru-guru pendidikan khas. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian.
Insan berhati mulia, tersentuh hati ini dengan keikhlasan yang tidak semua ada, kerana mereka tidak merasa dan melihat dengan mata kepala. Insan istimewa ini tidak pernah meminta ia lahir ke dunia….
Mereka ahli syurga apabila dipanggil Ilahi.
Tidak semua sudi memahami apa yang dirasai…
Insan istimewa perlu dihargai.
namun anda adalah guru yang berhati mulia.
amat memahami dengan keikhlasan hati…Tahniah.
Tahniah cikgu,guru.
Jadilah kunci kepada semua kebaikan
dan
Jadilah pintu kepada semua kejahatan.
Sekali menjadi guru, seumur hidup dipanggil cikgu.
Tersentuh hati apabila membaca bait-bait indah puisi ini dan mengingatkan saya kembali kepada anak murid saya di SK Ujong Pasir, Melaka yang kembali kerahmatullah pada awal Januari 2007 setelah seminggu sebelum itu memeluk erat dan mencium pipi dengan tanpa diduga dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Teruskan perjuangan kita wahai guru-guru!
Anak-anak istimewa,
Tiada kau pinta lahir begitu rupa.
Wajah tak sama rakan,
Bicara tak seperti teman,
Tutur tak lancar seperti kawan,
Tubuhmu kerdil bukan lawan…….
Tapi kau punya hati dan perasaan.
Sama seperti mereka……..
Perlu disayangi, diberi perhatian dan dibelai
Hati kau lebih halus dan seni,
Mudah tersentuh dan rasa rendah diri,
Masa-masanya kau meluah rasa tak terkata.
Seolah-olah meminta berikan sesuatu yang aku tiada…….
Aku juga punya rasa jiwa seorang manusia…
Maka kita yang sempurna bantulah mereka
Nukilan PN ZARIAH MAIRAJ…GB SK SERI BUKIT BATU MUAR/PKPGB UTM.