PROFIL SK CHANGKAT LARUT

Disediakan oleh Pn. Ainol Azmi bt. Lazim, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cik Siti Maisarah Bt. Zainal & Cik Johara Beevi Bt. Sajahan AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

SEJARAH PENUBUHAN Program Pendidikan Khas Integrasi ( BP ) Sk Changkat Larut

 

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Changkat Larut telah dibuka secara rasminya pada tahun 1997, iaitu di mana 6 orang murid berkeperluan khas dan 2 orang guru telah ditempatkan di bangunan satu tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah.

 

Bangunan ini terletak di bahagian tengah kawasan sekolah iaitu di antara bangunan pejabat dan bangunan yang menempatkan makmal sains sekolah, serta bersebelahan dengan kelas pemulihan khas dan kelas-kelas aliran perdana. Pada tahun 2001, murid-murid berkeperluan khas telah bertambah kepada 30 orang, manakala pada tahun 2002, guru juga telah bertambah kepada 4 orang, dan bertambah lagi pada tahun 2003 seramai 8 orang.

 

Pada tahun 2007, seramai 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah mula berkhidmat di Kelas Pendidikan Khas SK Changkat Larut. Pada awal tahun 2008, jumlah keseluruhan murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di bawah pimpinan Pn. Ainol Azmi Bt. Lazim adalah seramai 36 orang, iaitu seramai 24 murid lelaki dan 12 murid perempuan. 31 orang di antara mereka merupakan murid berbangsa Melayu, 3 orang murid berbangsa Cina dan 2 orang murid berbangsa India.

 

Kebanyakkan daripada mereka tinggal di kawasan sekitar Changkat Jering, Taman Kaya, Ayer Kuning dan Taiping. Guru Pendidikan Khas pula adalah seramai 8 orang, manakala PPM adalah seramai 4 orang.

 

Walaubagaimanapun, pada pertengahan bulan Mac 2008, seramai 6 orang murid khas telah berpindah ke Program Integrasi SK Datuk Panglima, Bukit Gantang yang baru dibuka. Sehingga Jun 2008 jumlah murid-murid pendidikan khas di SK changkat Larut ialah seramai 33 orang.

 

 

 

matlamat

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS ( BP )

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LARUT

 

MEMASTIKAN AGAR

POTENSI DAPAT DI PERKEMBANGKAN

DENGAN SELUAS – LUASNYA

AGAR MENCAPAI AKADEMIK MENJADI

 CEMERLANG, BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA

SERTA

KEJAYAAN YANG TINGGI

DI DALAM SETIAP BIDANG YANG DICEBURI 

 

KATEGORI MURID

 

Jenis Penyakit

Bilangan Murid

Slow Learner

16

Down Sindrom

6

Autisme

1

Disleksia

1

ADHD

1

Hiperaktif

1

Epilepsy

 

Cerebral Palsy

2

Terencat Akal Ringan

5

JUMLAH

33

TABURAN MURID

Jenis Penyakit

Bilangan Murid

Changkat Jering

9

Taman Kaya

8

Ayer Kuning

2

Taiping

10

Trong

3

Simpang

1

Jumlah

33

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: