Ceria lebaran bersama Yin

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI)

Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali

Kisah kehilangan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Yin di kalangan ahli keluarganya lebih setahun yang lalu menggemparkan negara.Yin dikatakan terlepas daripada pegangan ayahnya ketika membeli belah di situ.

Bermacam-macam usaha dilakukan oleh orang ramai, NGO dan pihak kerajaan seperti liputan media besar-besaran dalam muka depan surat khabar, televisyen, radio dan Internet, risalah (flyer) disebarkan, poster ditampal, malah ditawarkan sejumlah wang bagi mereka yang berjaya memberikan maklumat sehingga Yin dapat ditemui. Malah masjid-masjid seluruh Negara melakukan solat hajat selepas solat Jumaat, dengan doa dan harapan agar Yin dapat ditemui dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera.


BeritaYin

Dengan izin Allah, Yin berjaya ditemui semula apabila sepasang warga Myanmar menghubungi ibu bapa Yin dan menyerahkan semula Yin setelah 14 hari di dalam jagaan mereka. Menurut pasangan Myanmar itu, Yin ditemui dalam keadaan seorang diri di tepi jalan kompleks Sogo ketika mahu melintas jalan di sebalik kesesakan trafik. Yin dibawa pulang ke rumah pasangan itu dan dijaga dengan baik walaupun hakikatnya, mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Walaupun timbul pelbagai spekulasi selepas penemuan Yin, namun bagi ibu bapa Yin, Shamsul Ghazali Shamsudin, 36, dan isteri Nor Amizah Ahmad, 26, kejadian kehilangan Yin pada 31 Mac 2007, mengajar mereka untuk lebih berhati-hati ketika keluar membeli belah bersama anak-anak. Malah pasangan ini mengakui bahawa mereka amat bersyukur kerana dapat menemui kembali Yin dalam keadaan selamat. Malah sambutan kali kedua selepas kehilangan Yin pada tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya dan isteri berasa amat bersyukur kerana dapat berasa amat bersyukur kerana dapat beraya bersama-sama. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan kami kalau tidak dapat beraya dengan Yin. Hari raya tahun lau merupakan hari raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Syukur kepada Allah kerana Yin hilang cuma 14 hari sahaja dan tempoh itu sebenarnya sudah cukup membuatkan kami ‘sengsara’ menantikan kepulangan Yin ke sisi keluarga. Seperti sambutan hari raya tahun lepas, ramai saudara mara datang melawat Yin. Selalunya setiap kali hari raya, kami akan pulang ke kampung di Sungai Siput. Sudah menjadi kebiasaan kami pulang ke kampung sehari sebelum raya. Alhamdulilah Yin sekarang sudah enam tahun dan tahun depan dia akan mula darjah satu. Yin masih seperti dulu. Aktif dan cergas. Walau pun dia anak sulung, namun dia manja dengan adik dan kami berdua.


Yin dapat adik

Alhamdulilah, pertengahan tahun 2008 ini, Yin dapat lagi seorang adik lelaki, Muhammad Nizar, 2 bulan selain Muhammad Nadzmi yang berumur 5 tahun. Kehadiran sekecil menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga. Yin pun sekarang sudah baru belajar di sekolah tadika. Dia seronok dapat belajar di tadika itu. Lihat sahaja kenakalan Yin (sambil menunjuk ke arah Yin yang sibuk bergaya di hadapan kamera jurugambar. Selepas kehilangan Yin dulu, memang kami risau bila Yin keluar bermain. Bimbang pisang berbuah dua kali. Sebab itu, kami sentiasa peka terutama bila Yin bermain di halaman rumah. Pendek kata kami tidak boleh terlepas pandang. Kalau pergi ke pasar pun, kami letak Yin di dalam troli sebab Yin tidak suka dipegang. Memang kalau keluar ke tempat-tempat awam, kami sentiasa fokus kepada Yin. Yin seorang anak yang manja. Dia manja dengan neneknya di kampung. Dan setiap kali beraya, Yin gemar bermain dengan sepupunya yang majoriti lelaki. Tidak dinafikan bahawa menjaga anak yang hyperaktif bukanlah semudah menjaga kanak-kanak normal maka sebab itulah saya dan isteri perlu bergilir-gilir memerhatikan Yin terutama ketika berada di luar, jelas Shamsul yang merupakan kakitangan sebuah bank di Ipoh.

Gemar makan pedas

Bagi ibu Yin, Nor Amizah, yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila dapat beraya di sisi anak tersayang. Menurut Nor Amizah, Yin memang manja dengannya dan ayahnya. Tambah Nor Amizah, setiap kali raya, Yinlah orang yang paling gembira terutama bila dapat baju baru. Sekali pandang, Yin dan adiknya, Nadzmi nampak seperti kembar mungkin disebabkan beza umur hanya setahun. “Bila dapat baju raya, Yin akan bergaya bersama adiknya Nadzmi. Bercakap tentang makanan kesukaaan Yin, dia suka sangat makan makanan yang pedas. Makanan yang paling dia suka tentulah sambal udang. Biasanya setiap kali hendak makan nasi, mesti ada makanan pedas, kalau tak, Yin macam tak berselera nak makan.”

Bila balik beraya di kampung, opah Yin rajin menyediakan pelbagai sajian makanan yang disukai oleh Yin. Lemang, ketupat dan rendang menjadi hidangan wajib di pagi raya. Selain makanan yang pedas-pedas, Yin juga suka makan biskut yang rangup. Yin bukanlah kanak-kanak yang cerewet tentang makanan asalkan sediakan sahaja makanan kegemarannya, berseleralah dia makan. Tempoh beraya di kampung bergantung kepada cuti suami. Kalau dapat cuti panjang, bolehlah kami beraya sakan di kampung.

Tahun depan Yin akan masuk darjah satu, jadi jadual harian saya agak padat sedikit sebab perlu hantar dan ambil Yin dari sekolah. Begitu juga dengan anak kedua saya, Nadzmi. Untung jugalah saya tidak bekerja, jadi dapatlah saya menguruskan sendiri anak-anak saya. Sejak dapat adik baru, saya perhatikan Yin gemar melayan adiknya kadang-kadang sampai terlebih-lebih pula. Adatlah budak seperti Yin. Aktif dan lasak.

Sebagai ibubapa, saya dan suami ingin melihat Yin membesar seperti anak-anak lain,” akhiri Nor Amizah sambil memangku anak ketiga.

 

Sumber; Mingguan Wanita Istimewa Aidilfitri 2008

Jurugambar, Asmawal Arshad

Penulis, Norhasliza Mohd Shafi

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: