Ceria lebaran bersama Nabil

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI)

 Nabil sebelum pembedahan

Kisah adik Nabil pernah mendapat perhatian masyarakat lima tahun lalu. Kisah seorang anak kecil yang dilahirkan dengan kecacatan sumbing peringkat lima di bahagian muka. Derita adik Muhammad Nabil, penulis ikuti dari dirinya masih kecil, dari usianya tiga tahun sehinggalah memasuki alam persekolahan. Dari makanan yang diusap ke mulut sering tumpah, dari jalan dengan kaki yang berkaup, kini Nabil berada dalam tahun dua di Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 , Skudai, Johor.

Setelah kisah disiarkan di majalah Mingguan Wanita, bantuan dan pertolongan datang mencurah-curah. Ini termasuklah bantuan kewangan dari Tabung Kebajikan NSTP yang membiayai semua kos rawatannya ketika di Hospital Pantai. Peringkat awal adik Nabil menjalani rawatan dibawah pengawasan Pakar Pembedahan Plastik, Dr Kim K Tan dari Hospital Pantai dan seterusnya kesnya dirujuk kepada Ketua Unit Australian Cranionfacial, Prof David John David dari The Women’s & Children Hospital, Adelaide kerana keadaannya agak kronik . Mulutnya tidak boleh dingangakan dengan luas dan begitu juga kecacatan lain. Setiap setahun sekali, atau tiga kanak-kanak yang menghidap kecacatan kronik di negara ini akan dihantar ke Adelaide kerana pihak hospital, The Women’s & Children membuat kebajikan dan membiayai keseluruhan kos pembedahan yang terpilih dan keluarga pesakit hanya perlu membayar AUD$1000 untuk diisi ke tabung hospital. Penulis iringi sendiri, adik Nabil ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tanggal 8 Oktober 2004 dengan iringan doa bahawa akan ada sinar baru buatnya.

Lebih dari empat bulan adik Nabil menetap di Adelaide bagi membolehkan wajahnya dibentuk semula. Syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang untuk penulis terus mengikuti perjalanan kisahnya. Dari seorang anak kecil yang tidak mampu membuka rahangnya, kaki yang bengkok malah beberapa faktor yang lain, hari ini, Nabil sudah segak berdiri seperti kanak-kanak lain. Hendak kata, wajahnya seratus peratus sudah pulih memang agak mustahil, tetapi lebih 80 peratus wajahnya sudah dibaiki bagi membolehkan Nabil menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusianya.

Tahun ini, untuk Edisi Khas Hari Raya ini, MW mengimbau kembali kenangan cerita-cerita kisah masyarakat yang pernah mendapat perhatian. Sebelum ke Johor, penulis sudah dapat merasakan kemeriahannya. Rogayah Juni ( yang sangat mesra dipanggil Mak Busu) adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Nabil sejak kecil bersama-sama anak buahnya, Rahmah yang juga ibu kepada Nabil begitu teruja dengan kehadiran penulis, insan yang dianggap banyak mengubah kehidupan Nabil. Namun apa yang penulis lakukan hanyalah satu tanggungjawab yang Allah amanahkan, tidak lebih tidak kurang. Penulis katakan, mahu tidur di rumahnya ketika sesi penggambaran hari raya ini dilakukan kelak.

 

Nabil selepas pembedahan

 

Setelah beberapa tahun tidak bersua muka, Nabil benar-benar segak di mata penulis. Jauh berbeza dengan wajahnya semasa kecil dahulu. Mak Busu juga sehingga mengalirkan air mata sambil memeluk penulis. Benar-benar meriah. Terasa benar rasa rindu menyelinap di setiap urat saraf. Pelakon Mak Busu masih sama, peramah dan suka sangat mengalirkan air mata. Bukan sedih tetapi air mata kesyukuran.

Menurut Rahmah, sudah dua tahun mereka beraya di rumah sahaja kerana kesemua adik-beradiknya, tiga belas orang akan datang beraya ke rumah Mak Busu “faham sajalah bila ramai-ramai berkumpul, memang meriah. Bukan keluarga kami sahaja tapi adik-beradik Mak Busu juga akan kunjung-mengunjung dan ziarah,” katanya sambil menambah mereka lebih banyak membeli kuih tunjuk. Masa pun jimat, tak payah susah-susah menguli,” katanya sambil ketawa.

Mingguan Wanita Istimewa Aidilfitri 2008

Penulis, Almaswa Haji Che Ros

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: