Ceria lebaran bersama Ahmad dan Muhammad

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI )


Ahmad dan Muhammad ketika kecil

Ahmad dan Muhammad sebelum pembedahan

Suatu ketika dahulu kisah kembar siam ini menjadi perhatian umum tatkala mereka mendapat bantuan dari kerabat diraja Arab Saudi untuk menjalani pembedahan bagi memisahkan kembar siam ini. Sebelum ini Mingguan Wanita telah memaparkan kisah si kembar ini ketika mereka baru dilahirkan dan beberapa tahun yang lalu. Sekali lagi kami mendekati dan menyelami perasaan ibu bapa serta kanak-kanak ini selepas mereka dipisahkan dalam ruangan tabir hidup. Kini sekali lagi MW menemui keluarga ini untuk mengetahui perkembangan terbaru si kembar bertuah, Ahmad dan Muhammad yang kini sudah menginjak usia sepuluh tahun.

Ketika pertama kali, bersua muka dengan pasangan adik-beradik ini, mereka asyik dengan cerita kartun. Kelihatan Along (Muhammad) lebih pendiam dan pemalu berbanding adiknya, Angah (Ahmad) yang kuat berceloteh dan melayan setiap pertanyaan penulis. Sesekali dia akan mengusik abangnya yang berada di sebelah.

“Beginilah keadaan mereka adik-beradik setiap hari minggu, mesti melepak depan tv menonton cerita kartun. Mereka jarang keluar. Lepas sekolah, mereka terus pulang ke rumah. Malam pula pukul 8.30, mereka sudah masuk tidur kerana cepat letih tetapi, Ahmad dan Muhammad, pandai berdikari. Mereka mahu melakukan semuanya sendiri temasuklah mandi dan tukar baju. Dari dulu lagi, memang mudah jaga mereka sebab tak banyak kerenah. Cuma, apa yang penting adalah kami harus banyak bersabar.”

“Saya masih ingat lagi, ketika saya bersama isteri dan anak-anak berada di London mengutip derma. Tak sangka, keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh putera makhota Arab Saudi, Abdullah Abdul Aziz membuatkan hasrat kami untuk memisahkan Ahmad dan Muhammad menjadi kenyataan apabila baginda menanggung segala perbelanjaan bagi pembedahan, rawatan serta kos sepanjang kami berada di sana selain turur berkesempatan mengejarkan umrah di tanah suci Mekah,” ujarnya.

Rosli ketika mengimbas kembali detik-detik awal pembedahan memisahkan anak kembarnya, Ahmad dan Muhammad yang ketika itu baru berusia empat tahun 6 bulan.

Pembedahan yang diketuai Doktor Abdullah Abdul Aziz Al-Rabiah, timbalan ketua pengawal Eksekutif dan ketua pakar perundingan pembedahan hospital menggunakan khidmat pakar seramai 41 orang serta jabatan sokongan termasuklah 7 pakar bius, 3 pakar kanak-kanak, 2 pakar Ortopedik kanak-kanak serta 9 jururawat. Malah, ia mendapat liputan meluas dari media di sana dan juga di dalam negara apabila berjaya memisahkan kembar ini tanpa mengalami sebarang masalah. Selepas 3 bulan berada di Tanah Arab, keluarga ini kembali ke Malaysia dan mereka disambut oleh rakyat Malaysia yang ketika itu tidak sabar-sabar untuk melihat perkembangan terbaru kembar ini. Selepas pembedahan, Ahmad kembali dengan kaki kiri manakala dengan kaki kanan. Selain itu, mereka dibekalkan dengan kaki palsu.

“Kebetulan selepas pembedahan, rakyat Malaysia sedang sibuk untuk menyambut kedatangan Syawal. Jadi, saya memberitahu doktor yang kami mahu pulang dan menyambut raya di tanahair. Kami pulang sehari sebelum raya dan menyambut raya di rumah mentua di Sungai Besar, Selangor. Sebagai tanda kesyukuran kerana Ahmad dan Muhammad selamat dipisahkan, kami turut mengadakan kenduri dengan menyumbangkan seekor lembu. Tetapi, tetamu yang hadir ketika itu begitu ramai kerana masing-masing ingin melihat Ahmad dan Muhammad. Walaupun mereka (kembar) sihat dan boleh makan apa saja, tetapi dalam masa yang juga, tetap kena kawal. Nak buang air besar dengan air kecil pun mereka masih perlu menggunakan tiub selain turut memakai lampin pakai buang,” jelas Rosli lagi.

Rosli tidak menafikan rezeki anak-anaknya amat mudah. Setiap kali menjelang raya, pasti mereka akan mendapat baju melayu yang siap dijahit oleh keluarga angkat mereka yang berada di Johor. Malah, setiap kali raya pasti si kembar ini tampil sedondon bersama dua orang lagi adik-beradik mereka.

Mingguan Wanita Istimewa Aidilfitri 2008

Penulis, Ahmad Shukor Hassan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: