Magis Michael Phelps

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.)

Michael Phelps

SIAPA tidak kenal jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps? Beliau merupakan perenang unggul yang juga pengidap symptom hiperaktif telah memenangi lapan pingat emas Sukan Olimpik 2008 yang berakhir di Beijing, baru-baru ini, anak muda berasal dari Baltimore ini mencipta magis tersendiri hingga memukau dunia.

Tujuh rekod dunia di Beijing, ikatan tajaan yang dikatakan mencecah AS$100 juta (RM330 juta) serta gossip hubungan rapat dengan perenang Australia, Stephanie Rice – semuanya menghangatkan nama jejaka ini di pentas sukan dan dunia glamor selebriti.

Bersama XY10 berkongsi rahsia hati, impian, wanita idaman dan rentak hidup jaguh renang ini…

Anda cukup terkenal sekarang, malah sudah mencapai taraf selebriti. Bagaimana anda berdepan situasi ini?

Saya sudah mula menyesuaikan diri. Saya gembira dapat bertemu peminat, mendekati mereka dan apa yang penting, saya harap mereka mula menggemari sukan renang. Siapa saja akan suka jika berada di tempat saya dan sebahagian daripadanya tentulah bertemu ramai orang serta memberi tanda tangan. Namun ini semua tidak akan kekal, saya seronok sekarang.

Apa yang anda beritahu kepada kanak-kanak yang menyimpan impian menjadi seperti anda?

Saya selalu beritahu shoot for the stars! Ini bermakna berlatih bersungguh-sungguh dan capai setinggi mana impian. Sukan renang adalah sukan yang memerlukan kita meletakkan matlamat dan pencapaian. Saya sendiri tidak menduga mencapai kedudukan ini. Percayalah, anda sendiri akan terkejut dengan apa yang sudah digapai.

Jika fantasi ini boleh dicapai, siapa agaknya jaguh sukan era terdahulu yang anda mahu bertarung?

Saya mungkin tidak patut menyatakannya, tapi mungkin Mark Spitz kerana beliau mendominasi eranya, mencipta rekod dunia. Saya teringin berlumba dengannya.

Anda rapat dengan ibu, bagaimana perasaan berjauhan dengan ibu?

Ia berbeza tapi pada masa sama, menarik. Tapi perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan saya juga makin membesar. Kami masih berbual setiap minggu dan ibu selalu datang melawat saya. Kami masih rapat walaupun jarang berjumpa.

Apa nasihat anda kepada perenang junior?

Secara jujurnya, saya nasihatkan mereka supaya usah putus asa. Anda macam-macam cara boleh dibuat jika anda tidak mahu berputus asa.

Jika anda bukan perenang terbaik dunia, acara sukan apa yang akan anda ceburi?

Saya tidak ada idea… Saya tidak tahu. Ketika di sekolah tinggi, saya pernah terfikir mahu berhenti berenang dan menyertai pasukan golf. Renang adalah sukan yang paling saya sayang, saya tidak boleh ke mana-mana tanpa berenang. Jadi, saya fikir lebih baik saya terus berenang.

Apa program televisyen kegemaran anda?

Semestinya SportsCenter… Saya menontonnya dua kali sehari, saya hidup untuk program ini! Setiap pagi selepas berlatih saya akan menontonnya.

Filem terbaik yang anda tonton akhir-akhir ini?

Filem terakhir mungkin The Wedding Crashers… Saya sukakannya. Saya menontonnya bersama ibu dan kami ketawa pecah perut!

Apa permainan papan yang anda gemari?

Hmm, mungkin Monopoli atau Scattegories. Kedua-duanya saya suka.

Anda berkasih sekarang?

Sebahagian daripada hidup saya, saya simpan sendiri. Saya cukup senang bersama teman-teman. Hanya mereka yang tahu jawapan kepada soalan anda. (Agensi)

Biodata

Nama : Michael Phelps

Umur : 23 tahun

Tarikh lahir : 30 Jun 1985

Tempat lahir : Baltimore, Amerika Syarikat (AS)

Warna rambut : Coklat

Warna mata : Coklat

Pengajian : University of Michigan

Hobi : Muzik dan permainan video

Berita Harian, 13 September 2008

Susunan Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: