KEM TAUTAN KASIH

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas dan
UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HJ MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

LAPORAN  “KEM TAUTAN KASIH”

PENDIDIKAN KHAS DAERAH LM&S

ANJURAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

PPD LM&S DAN MAWADDAH GROUP

dscn2658.jpg

 

                        Kem Tautan Kasih” Pendidikan Khas daerah LM&S telah diadakan pada 22 dan 23 Ogos 2008 di Auto Perasa Camp, Bukit Gantang Perak. Program ini merupakan anjuran Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah LM&S dan Mawaddah Group Management & Consultancy.

 

                        PPKI SK Matang telah menghantar 12 orang murid sebagai peserta dengan diiringi oleh Pn. Shamsiah Hj Mohd Jais. Program bermula pada 22 Ogos 2008 jam 2.30 petang dengan sesi pendaftaran.

 

                        Pada pukul 3.30 petang, diadakan sesi taklimat kepada para peserta dan spot check. Selepas minum petang dan solat Asar, semua peserta diberi taklimat penginapan dan  urusan penginapan. Semua peserta perempuan disediakan dorm yang selesa. Bagi peserta lelaki pula, mereka disediakan penginapan berbentuk chalet.

 

                        Pada pukul 7.00 petang semua peserta disediakan makan malam dan bersolat Maghrib. Kuliah Maghrib dan solat Isya menyusul selepas itu.

Pada pukul 9.30 malam, aktiviti Ice Breaking dikelolakan oleh Mawaddah Group diketuai oleh Tn. Hj Rani. Murid-murid didedahkan dengan aspek keberanian, yakin dan bekerjasama menjalankan aktiviti kumpulan.

 

                        Program berakhir pada pukul 11.00 malam. Semua peserta berehat dan tidur.

 

                        Keesokannya, Sabtu 23 Ogos 2008, program bermula pada pukul 5.30 pagi. Semua murid bersolat Subuh berjemaah dan mendengar kuliah Subuh. Selepas itu mereka melakukan streching dan sarapan. Pada pukul 8.30 pagi, mereka terlibat dengan aktiviti berkawad dan persediaan program “Tautan Kasih”.

 

                        Pada masa yang sama, semua ibu bapa terlibat dengan program bersama Universiti Sains Malaysia. Mereka diberi slot ceramah oleh Pegawai terapi dari Hospital Taiping. Ibu bapa juga turut terlibat dengan aktiviti LDK bersama fasilitator USM..

           

                        Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis penutup diadakan.Timbalan Dekan USM turut hadir bersama dalam majlis itu. Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Rustam b Siis, Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD LM&S. Selepas itu bermulalah program “Tautan Kasih’. Semua ibu bapa diketemukan semula dengan anak-anak mereka.

Suasana bertukar menjadi sayu.

 

                        Program berakhir pada pukul 2.00 petang.         

dscn2647.jpg

 

dscn2650.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: