AKTIVITI RIADAH “VILLAGE TRACKING”

Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

i)   Tarikh                       : 26hb Ogos 2008

ii)   Hari                         : Selasa

iii) Masa                        : 07.30am – 10.00am

iv) Tempat                     : Kawasan Berhampiran Sek. Keb. Batu Kurau

v)   Pakaian                   : Pakaian Sukan

 image009.jpg

                              Merujuk perkara di atas, program ini telah berjaya dilancarkan mengikut perancangan yang telah diperbincangkan. Program ini bertemakan “Badan Cergas, Minda Cerdas” yang mana ia melibatkan semua warga kelas Pendidikan Khas Sek. Keb. Batu Kurau. Program ini dijalankan adalah untuk memastikan murid mampu beriadah sambil belajar. Secara tidak langsung, hal ini akan memberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar flora dan fauna kepada semua murid Bekeperluan Khas SKBK dan memberi peluang semua murid menghayati dan menikmati keindahan di sepanjang perjalanan beriadah tersebut.

 

            Selain daripada itu, program “Village Tracking” ternyata memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan kawasan yang berhampiran dengan rumah dan sekolah mereka. Hal ini akan melatih murid dalam menjalani kehidupan sosial kemasyarakatan mereka dengan lebih baik. Kerjasama antara pihak guru dan semua Pembantu Pengurusan Murid amat dihargai dalam melatih murid berdisplin, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam  kumpulan masing-masing sepanjang aktiviti riadah yang dijalankan tersebut.

 

            Aktiviti riadah “Village Tracking” bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi. Ucapan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini.

Peta “Village Tracking”

PETA “VILLAGE TRACKING” 

 image010.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: