TILAWAH PENDIDIKAN KHAS DAERAH TAHUN 2008

Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

TARIKH : 25 OGOS 2008

TEMPAT : SK KG BOYAN

dsc00130.jpg

 

Pada 25 Ogos 2008, Majlis Tilawah Pendidikan Khas Daerah Larut Matang dan Selama 2008 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan (SKKB), Taiping, Perak. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan Sekolah Kebangsaan Batu Kurau (SKBK) telah turut menyertai majlis ini dalam pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu dalam pertandingan tilawah Al-Quran, azan, bercerita kisah Al-Quran, nasyid dan hafazan.

Seramai 12 orang murid telah mengambil bahagian di dalam acara tersebut iaitu termasuklah 2 orang murid dalam acara tilawah Al-Quran, 12 orang dalam pertandingan nasyid, 1 orang murid dalam acara azan dan 1 orang murid dalam bercerita kisah Al-Quran. Seramai 5 orang guru dan 2 orang PPM telah mengiringi murid untuk majlis tersebut.

Walau bagaimanapun, SK Batu Kurau telah mencapai keputusan yang agak membanggakan kerana SKBK telah memperoleh naib johan dalam pertandingan tilawah Al-Quran kategori lelaki (Mohamad Ridzuan b. Zakaria) dan perempuan (Nur Amirah binti Mustaffa) dan tempat ketiga dalam pertandingan bercerita kisah Al-Quran (Nur Amirah binti Mustaffa).

Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Lazim bin Idris iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama pada jam 12.30 tengahari di dewan terbuka SK Kampung Boyan.

image027.jpg

image026.jpg

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: