Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama dan NORFARIZA ABDUL RAZAK Jurugambar.
Tarikh: 29 Ogos hingga 26 September 2008
Tempat: SK Bukit Bertam
Aktiviti:
Pada 29 Ogos 2008, SK Bukit Bertam telah mengadakan sambutan Hari kemerdekaan ke 51. Majlis dipengerusikan oleh Cik Norfariza Abdul Razak dan dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Fadhil bin Che Ros. Ini diikuti pula bacaan perutusan titah seri Paduka yang Di-Pertua Agong dan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia serta perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Seterusnya, Encik Bakhtier Affendy bin Omar memimpin nyanyian lagu “Negaraku” dan juga lagu patriotik. Ini diikuti pula dengan laungan kemerdekaan dan juga perarakan kemerdekaan. Selepas itu, majlis berhenti rehat seketika dan pertandingan mewarna serta melukis poster diadakan selepas itu
Majlis disusuli dengan acara kemuncak sambutan kemerdekaan iaitu pertandingan nyanyian lagu kemerdekaan dan deklamasi sajak oleh aliran perdana mahupun murid-murid pendidikan khas. Acara menyusun puzzle pula diadakan pada 5 September 2008. Pada minggu-minggu berikutnya pula diadakan aktiviti menceriakan kelas sempena sambutan kemerdekaan dan pertandingan melukis poster. Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan pada 26 September 2008. Murid-murid pendidikan khas telah memenangi pertandingan mewarna, melukis poster dan persembahan nyanyian.
Pertandingan nyanyian kemerdekaan
Persembahan nyanyian kemerdekaan PPKI
Filed under: Kalendar Peristiwa, SK Bukit Bertam |
Leave a Reply