LAWATAN KE KUALA KANGSAR

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas dan
UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HJ MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh         : 31 Julai 2008

Tempat     : Kuala Kangsar

 

Pada 31 Julai 2008, seramai 33 orang murid, 8 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengikuti program P&P dan lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas

sekolah.

 

Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah (SKDK), Jalan Taayah Kuala Kangsar pada pukul 9.00 pagi. Kemesraan SKDK amat terasa sejak kami melangkah masuk ke sekolah itu. Rombongan kami disambut oleh Pn. Norizan bt Ismail, Guru Besar SKDK serta semua guru Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Murid dan murid-murid Pendidikan Khas SKDK.

 

            Program lawatan dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, bacaan doa, dan taklimat oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas SKDK iaitu Puan Maizatul Akmar bt Alias. Beliau memberi penerangan mengenai program dan aktiviti yang dijalankan oleh PPKI SKDK.

                                   

            Selepas itu, diikuti pula ucapan oleh Guru Besar SKDK, Pn. Norizan bt Ismail. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana kami memilih SKDK untuk dilawati. Kemudian, disusuli pula ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais, Penyelaras PPKI SK Matang.

 

            Seterusnya, kami dipersembahkan dengan persembahan nyanyian murid-murid PPKI (Pembelajaran dan Pendengaran). Semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid tersebut. Selepas jamuan, semua guru dan PPM dibawa melawat ke kelas-kelas oleh Pn. Maizatul. Kami diberi kebenaran untuk mengambil gambar kelas-kelas yang dilawati. Pada pukul 11 pagi, kami bersurai. Terima kasih daun ubi SKDK, ada rezeki kami datang lagi.

 

            Perjalanan kami diteruskan ke Galeri Sultan Azlan Shah, Jalan Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Semua murid diberi kebenaran masuk secara percuma manakala guru dan PPM perlu membayar RM4.00. Kami disambut dengan ramah mesra oleh kakitangan galeri yang bertugas. Kami berpeluang melihat pelbagai bahan pameran yang terdapat di situ. Galeri Sultan Azlan Shah terdapat beberapa bahagian iaitu Galeri Kereta, Kedai Cenderamata, Blok Pentadbiran, dan Galeri Utama. Kami juga telah berpeluang menonton video yang memaparkan kisah hidup DYMM Sultan Perak. Kakitangan galeri juga telah memberi taklimat ringkas mengenai kedudukan galeri dan sejarah bangunan tersebut.

 

dscn6280.jpg

            Pada pukul 12.50 tengah hari, kami meneruskan program melawat persekitaran Istana Iskandariah seterusnya singgah di Masjid Ubudiah untuk menunaikan solat Zohor.

           

            Perjalanan kami diteruskan selepas itu menuju ke Laman Budaya. Murid-murid berpeluang bersiar-siar di situ. Kami menikmati makan tengah hari di gerai makan di tepi Sungai Perak (Lembah). Sungguh seronok makan beramai-ramai di situ.

           

            Pada pukul 2.45 petang, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pusat Kraftangan. Kami disambut oleh kakitangan di situ. Kami diberi taklimat ringkas dan di bawa melawat ke bengkel kerja. Kami berpeluang melihat cara membuat labu dan tenunan songket. Terdapat banyak ruang kerja membuat labu. Sebelum pulang, kami berpeluang membeli cenderamata dengan harga yang berpatutan.

dscn6300.jpg

 

            Kami tiba di sekolah pada pukul 5.10 petang. Walaupun penat tetapi semua murid merasa gembira. Begitu juga dengan semua guru dan PPM.

 

PENUTUP

 

Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah dirancang. Kerjasama semua guru, PPM dan murid-murid sepanjang aktiviti ini berlangsung diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara semua yang terlibat. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan aktiviti ini.

 dscn6272.jpg

 

                                     

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: