Lawatan ke Kedah dan Perlis

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

HARI : Jumaat dan Sabtu

TARIKH : 25 – 26 Julai 2008

TEMPAT :

Kedah – Kolam Air Panas Ulu Legong, Padang Besar, Menara Alor Setar

Perlis – Taman Anggur, Taman Ular, Gua Kelam

AKTIVITI:


Lawatan ke Kedah dan Perlis Lawatan ke Kedah dan Perlis Lawatan ke Kedah-Perlis

Lawatan ke Kedah-Perlis tahun ini merupakan lawatan sulung integrasi antara murid-murid aliran perdana dan pendidikan khas. Sebanyak dua buah bas digunakan dan memuatkan seramai 80 orang pelajar. Bas bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di destinasi pertama di Kolam Air Panas Ulu-Legong. Meskipun hari telah lewat malam namun kolam air panas tidak henti-henti menerima kunjungan orang ramai. Bagaikan pesta air, orang dewasa dan kanak-kanak beramai-ramai menikmati kehangatan air panas Ulu Legong. Seterusnya kami bertolak terus ke Kuala Perlis dan tiba di sana jam 5.00 pagi untuk solat Subuh dan sarapan pagi.

Selepas menikmati hidangan sarapan pagi di Jeti Kuala Perlis, kami ke Taman Anggur. Namun keadaan cuaca tidak mengizinkan kami menjejakkan kaki di ladang anggur. Walaubagaimanapun, perjalanan diteruskan ke Taman Ular di mana pelajar dapat mempelajari pelbagai spesis ular dan juga hidupan liar. Setelah itu, kami ke Gua Kelam menyaksikan keindahan semulajadi di gua batu kapur. Disamping itu, pelajar berpeluang mandi-manda di sungai dan menaiki keretapi ke dalam Gua Kelam 2 di Banjaran Nakawan.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah membeli-belah di Padang Besar. Murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderahati sebagai tanda ingatan dan juga membeli buah tangan buah tangan buat orang yang tersayang.Seterusnya, Menara Alor Setar merupakan destinasi yang terakhir. Dengan ketinggian sebanyak 165.5 meter, kami dapat menyaksikan keindahan Bandar Alor Setar dari pandangan 360 darjah. Sebelum bertolak pulang, murid-murid menjamu selera di KFC Alor Setar. Kami bertolak pulang jam 7.30 p.m dan tiba di sekolah jam 10.30 malam

Lawatan ke Kedah dan Perlis

.

Lawatan ke Kedah dan Perlis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: