Kerajaan, Perkeso bincang skim baru kepentingan pekerja

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN Penyelaras PPKI SK Bukit Bertam dan HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama 

SHAH ALAM 26 Julai – Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan skim baru bagi membolehkan pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, cadangan skim tersebut jika menjadi kenyataan dapat membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan seharian setelah kehilangan pekerjaan.

Menurut beliau, kementeriannya telah berbincang dengan Perkeso mengenai perkara itu dan ia dijangka mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan disebabkan beberapa implikasi yang mungkin timbul.

”Kerajaan sedang mengambil langkah perlu untuk menghadapi keadaan di mana para pekerja diberhentikan secara beramai-ramai oleh majikan.

”Ketiadaan polisi bagi membela nasib mereka menyebabkan kerajaan terpaksa memikirkan sesuatu termasuk berbincang dengan Perkeso bagi membolehkan mereka dibayar ganti rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan peringkat negeri Selangor, di sini hari ini.

Karnival selama dua hari itu disertai oleh 51 majikan yang menawarkan 7,561 jawatan kosong bagi lulusan diploma dan ijazah, pekerja mahir dan teknikal serta pekerja perkeranian, am dan buruh.

Terdahulu dalam ucapannya, Subramaniam menjelaskan, kerajaan bertekad untuk mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 2.2 juta orang kepada 1.8 juta secara berperingkat menjelang 2010.

Sementara itu, kata Subramaniam, kementeriannya memperkenalkan program khas yang membolehkan golongan suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) bekerja makan gaji tanpa perlu meninggalkan rumah dan anak masing-masing.

Program itu yang dinamakan Bekerja Di Rumah menyaksikan syarikat-syarikat swasta khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) menempatkan operasi sementara di kawasan perumahan.

Pelaksanaan program tersebut bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, kata Subramaniam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: