Hanya 581 OKU dalam sektor awam

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

KUALA LUMPUR 21 Julai – Hanya 581 orang atau 0.05 peratus pekerja di negara ini terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) yang dilantik ke pelbagai skim dalam sektor awam sejak 1996 sehingga sekarang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon berkata, statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu menunjukkan sasaran kerajaan untuk memperuntukkan satu peratus kepada OKU dalam perkhidmatan awam dilihat masih jauh.

”Kita rasa sasaran masih jauh untuk mencapai satu peratus ini dan yakin sekiranya semua pihak memainkan peranan termasuk majikan, jabatan dan agensi, ia akan berjaya.

”Kita juga menyeru masyarakat untuk memperbetulkan persepsi bahawa golongan itu juga adalah kumpulan insan yang perlu diberi peluang secara saksama kerana mereka juga berpotensi dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn mengenai jumlah OKU dalam sektor awam pada sidang Dewan Negara hari ini.

Mengulas mengenai peruntukan satu peratus kepada OKU dalam sektor awam, Noriah mengakui bahawa sasaran yang dibuat pada tahun 1988 itu tidak diberi perhatian khusus oleh kementerian ataupun agensi untuk mencapainya.

”Bagaimanapun, SPA telah mengeluarkan pekeliling baru iaitu Pekeliling Perkhidmatan Awam bilangan tiga tahun 2008 yang menghendaki kementerian, jabatan dan agensi memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan kepada OKU,” ujarnya.

– Utusan Malaysia, 22 Julai 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: