MINGGU AGAMA

 

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas dan
UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HJ MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama. 

Laporan Aktiviti Minggu Agama Islam   

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2008

img_0694.jpg

 Pengenalan

 

Program Minggu Agama Islam PPKI merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan selama seminggu sepanjang hari persekolahan. Program ini melibatkan semua murid PPKI tahap 1 dan tahap 2 yang dikendalikan oleh guru-guru agama Islam dan dibantu oleh guru-guru lain serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI, SK Matang.

 

Objektif

  1. Mencungkil bakat dan minat murid.                                          
  2. Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti sekolah.
  3. Memupuk semangat kerjasama antara ahli didalam kumpulan.       
  4. Meningkatkan kemahiran psiko-motor halus dan kasar murid-murid.     
  5. Mengubah P& P dalam bilik darjah kepada aktiviti luar bilik darjah.
  6. Mewujudkan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid-murid.

Rasional

P&P Pendidikan Agama Islam untuk murid khas adalah sukatan matapelajaran teras yang terkandung dalam komponen akademik berfungsi PPKI di mana semua murid dimestikan menguasai kemahiran yang terkandung di dalamnya.

 

Penutup

Kejayaan penganjuran program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang dihasratkan sekaligus merealisasikan matlamat melestarikan kegemilangan insan istimewa.

 

img_0629.jpg

 

img_0666.jpg

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: