PROFIL SK BATU KURAU

Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

VISI SEKOLAH

Suatu Usaha ke Arah Menjadikan SKBK Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010.

MISI SEKOLAH

Bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecermelangan yang bertaraf dunia dalam bidang :

a. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus

b. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.

c. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insaniah.

d. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan invotif.

e. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

SEJARAH SKBK

Dari satu bangunan setingkat yang mengandungi 4 bilik, 1 bilik telah dipergunakan untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Semuanya ini bermula pada Februari 2002 dengan 5 orang murid dan seorang guru kelas.

Dengan sokongan En Ahmad Basri Mohd Radzi, Guru Besar dan Jabatan Pelajaran pada waktu itu kelas ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2002.

Setelah beberapa bulan beroperasi, kelas ini menerima penambahan murid dan guru menjadikan jumlah keseluruhan pada waktu itu seramai 11 orang murid dan 2 orang guru. Pada Ogos 2002 kelas yang asalnya stor itu telah menjalani pengubahsuaian dengan anggaran RM 24 000.

Sehingga tahun 2005, kelas ini telah mendapat lambakan murid seramai 30 orang dan ini menimbulkan masalah kekurangan bilik kelas dan tenaga pengajar.

Dengan keperihatinan Jabatan Pelajaran membina bangunan baru khas untuk kelas Pendidikan Khas dan bangunan ini mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan bilangan murid pada masa itu adalah 21 orang, guru seramai 6 orang dan dibantu dengan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid. Kini, bilangan murid meningkat kepada 24 orang.

Bangunan pra sekolah pendidikan khas juga mula dibina pada penghujung bulan Mac 2008 dan dijangka siap pada bulan Jun 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: