Pendidikan lebih 1,000 pelajar istimewa terabai

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI) SK Bukit Bertam dan HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)
 

JELI. – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan percaya lebih 1,000 pelajar kurang upaya di negeri ini masih tidak didaftarkan ke kelas pemulihan berikutan ibu bapa mereka malu dengan keadaan yang dialami anak masing-masing.

Tindakan tersebut juga, menyebabkan anak mereka tidak mendapat peruntukan khas yang disediakan untuk membantu mereka dalam pelajaran.

SetarafKetua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Kelantan, Nasharuddin Talib berkata, tujuan utama elaun itu diberikan adalah bagi memastikan mereka turut berpeluang menikmati kemudahan pembelajaran setaraf dengan pelajar normal lain.

“Pada tahun lalu, Kementerian Pelajaran telah mengagih hampir RM1 juta kepada 1,510 pelajar kurang upaya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Elaun Khas Murid Pendidikan Khas Peringkat Tanah Merah/Jeli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas di sini.

Seramai 168 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari dua jajahan menerima baki elaun khas berjumlah RM450.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Jeli, Roslina Mohamed.

Menurut Nasharuddin, ibu bapa sepatutnya perlu mengambil kesempatan untuk mendaftarkan anak-anak OKU di 27 kelas pemulihan di seluruh negeri.

”Anak-anak berumur antara enam hingga 19 tahun boleh bersekolah di kelas-kelas berkenaan, dan jika lulus Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh melanjutkan ke kelas kemahiran,” ujarnya.

Tambahan pula sekarang katanya, mereka juga mendapat tambahan elaun tahunan dari RM300 sebelum ini ke RM600 setahun.

– Utusan Malaysia, 23 Jun  2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: