Hidup dengan epilepsi – Kisah 2

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI ) dan HILDA AIN BINTI HASSAN
(Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

 

Seorang ibu yang tabah
“Anak lelaki saya berusia 16 tahun bila dia didiagnosis mengidap epilepsi,” kata Susan. “Saya tiada di rumah ketika anak perempuan saya, kakak Kian, menelefon dan memberitahu yang Kian telah pengsan. Ketika saya sampai ke rumah, dia sudah pulih.

Tetapi bila berlaku pada kali kedua, ia menjadi pengalaman yang amat menakutkan dan saya lihat dengan mata saya sendiri. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Saya rasa amat takut sekali.

“Saya membawanya ke hospital pada hari berikutnya dan para doktor melakukan imbasan EEG dan MRI ke atas otaknya.”

Kian turut mengidap autisme yang sederhana dan sedang belajar di sebuah sekolah teknik sebelum dia didiagnosis mengidap epilepsi. Kerana epilepsi, dia tidak boleh meneruskan pelajarannya. Di samping terapi untuk membantunya bercakap, dia juga kini perlu pula berjumpa dengan pakar psikologi untuk sesi kaunseling.

Sementara itu, Susan turut mengalami tekanan akibat keadaan anak lelakinya itu. Seperti ibu-ibu yang lain, dia berusaha mencari jawapannya dan cuba untuk membahagikan masanya antara kerja dan masa untuk menjaga anak lelakinya itu.

Kata Susan: “Pada peringkat awalnya, saya menghadapi kesukaran untuk menangani keadaan tersebut. Semua kebimbangan dan tekanan itu memuncak dengan serangan rasa panik. Saya disyorkan bertemu seorang pakar psikiatris dan beliau berkata, saya umpama belon yang menjadi semakin besar dan besar akibat tekanan yang dialami itu, dan suatu hari, saya tiba-tiba meletup.”

Kian didaftar menyertai program mencari kerja untuk individu-individu istimewa. Selepas dua tahun menjalani latihan, dia memulakan zaman pekerjaan pada usia 20 tahun. Walaupun mengidap epilepsi, Kian dapat bekerja dengan baik, dan berkhidmat dengan sebuah syarikat sehingga tujuh tahun.

Walaupun tidak boleh memandu dan terpaksa bergantung kepada bantuan Susan untuk bergerak ke sana sini, namun Kian mampu berdikari. “Kian mampu menjaga dirinya. Dia keluar sendiri, membasuh bajunya sendiri dan menggosok pakaiannya tanpa saya perlu mengingatkannya untuk berbuat demikian. Dia juga tahu memasak makanan yang mudah- mudah,” kata Susan.

Walaupun mampu berdikari dan nampak seperti orang biasa, namun Susan sentiasa mencari peluang untuk mengajarnya mengenai keadaannya yang sebenar dan bagaimana keadaan itu memberi kesan kepada kehidupannya. “Saya selalu memberitahunya bahawa dia bukan seorang yang ‘normal’. Sesetengah orang mungkin menganggap ini tidak baik atau malah sesuatu yang zalim, tetapi mereka tidak pernah melalui pengalaman untuk membesarkan seorang budak yang mengidap autisme serta mengidap epilpsi.”

“Kian perlu memahami dan menerima hakikat bahawa dia bukan seorang yang normal seperti orang lain. Itulah satu-satu jalan untuk beliau terus melangkah ke hadapan dan membesar,” kata Susan yang bimbang memikirkan bila tiba masa dia tidak dapat lagi menjaga Kian.

Dia membuat persiapan dari sekarang untuk memastikan Kian nanti mampu berdikari, serta meminta anak perempuannya supaya menggantinya menjaga Kian pada masa depan. Namun, Susan menghadapi masa depan dengan positif dan menganggap dirinya bernasib baik. “Ada orang lain yang menghadapi kes-kes yang lebih teruk daripada Kian, atau berdepan dengan keadaan yang lebih sukar. Kian adalah seorang anak yang istimewa, dan saya selalu memberitahunya supaya menganggap dirinya seorang yang dirahmati.”

Satu forum awam akan diadakan di Melaka anjuran Persatuan Epilepsi Malaysia pada 28 Jun, sempena Hari Antarabangsa Epilepsi, di mana pakar neurologi terkemuka akan memberi ceramah mengenai penyakit tersebut. Forum itu dijayakan oleh UCB Pharma Asia Pacific Sdn Bhd. Orang ramai dijemput hadir!

Mingguan Malaysia, 22 Jun 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: