Potensi anak istimewa

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI ) dan HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)
 

DI satu sudut, kelihatan Timothy Adam duduk diam, seperti berada dalam dunia tersendiri manakala ibu bapanya gelisah kerana tiada tindak balas.

Pasangan Kyle dan Richards pula tidak menang tangan melayan kerenah anaknya yang langsung tidak duduk diam hingga menyebabkannya mengalah.

Lea David pula terpaksa bersabar menyelenggarakan ke perluan anaknya yang berusia 11 tahun kerana langsung tidak pandai menguruskan diri kecuali hanya terbaring.

Situasi berkenaan bukan saja mencabar emosi dan fizikal ibu bapa malah menimbulkan persoalan mengenai masa depan kanak-kanak berkenaan.

Menangani masalah itu, setiap ibu bapa bukan saja me merlukan sokongan mental tetapi sikap keterbukaan dalam memberi sentuhan, pendidikan, kasih sayang dan perhatian kepada anak kurang upaya.

Ahli Pusat Khidmat dan Jagaan Komuniti Autisme New Jersey, (COSAC), Dr Jim Ball, berkata sikap negatif segelintir ibu bapa menyebabkan anak terus menderita sedangkan mereka ada potensi untuk dikembangkan.

Contohnya, kanak-kanak autisme yang disangka kurang bijak, sebenarnya lebih bijak daripada pelajar lain, cuma terkongkong dalam dunia tersendiri.

Menurutnya, sikap masyarakat kurang berpengetahuan me nyebabkan mereka terus terasing dalam kelompok kecil sedangkan jika diberi pendidikan khas, mereka mampu menjalani kehidupan normal.

“Masyarakat menganggap kanak-kanak ini tidak mampu berkomunikasi atau bergaul manakala ibu bapa pula sering bertelagah kerana tekanan situasi.

“Pandangan negatif itu wajar diubah kerana kanak-kanak autisme mempunyai keistimewaan malah ada kalanya lebih bijak daripada pelajar normal.

“Potensi inilah yang tidak dapat dilihat ibu bapa dan menyebabkannya tenggelam dalam diri kanak-kanak itu. Sebaliknya, ia perlu dicungkil dengan mekanisme pendidikan khas,” katanya.

Dr Ball juga berkata, bagi kanak-kanak kurang normal lain, selagi mereka mampu memberi tindak balas meskipun pada tahap minimum, ibu bapa bertanggungjawab memberi pen didikan terbaik meskipun tidak secara formal.

“Jangan samakan aspek pendidikan itu dengan golongan normal tapi lebih mencakupi sentuhan, komunikasi, per mainan, perhatian dan kasih sayang.

“Meskipun elemen itu dilihat remeh dan tidak menim bulkan reaksi spontan, hasilnya mujarab bagi jangka masa panjang.

“Ibu bapa kena lupakan pemikiran atau tanggapan negatif sebaliknya perlu berusaha dua kali ganda dalam mendidik golongan ini,” katanya.

Ditanya mengenai masa depan, beliau berkata perspektif perlu dilihat dalam konteks luas dan berbeza.

Menurutnya, meskipun diakui sukar kerana ada kanak-ka nak langsung tidak boleh menjaga diri sendiri, itu bukan alasan menidakkan tanggungjawab mendidik mereka.

“Soal masa depan dan keupayaan sangat subjektif tapi sebelum tiba masanya, ibu bapa wajar mempersiapkan me reka untuk berdepan waktu itu.

“Dengan pendidikan paling minimum, sekurang-kurangnya mereka boleh menjaga diri sendiri menerusi sentuhan atau mempunyai rasa peka terhadap perubahan situasi sekeliling.

“Anak yang berpotensi pula boleh didedahkan dengan tahap kemampuan diri sendiri selain membiarkan berdikari dengan dunia luar.

“Meskipun sukar pada peringkat awal, pendidikan asas seperti itu perlu bagi menjamin kesesuaian dan keupayaan diri berinteraksi dengan persekitaran,” katanya.

Sambil mengakui mentaliti kebanyakan ibu bapa malu mempunyai anak demikian, Dr Ball berkata mereka juga perlu memahami dan mempelajari asas peningkatan sosial dan rohani bagi membimbing antara satu sama lain.

Menurutnya, ibu bapa perlu bersikap terbuka dan menerima keadaan anak supaya tidak timbul isu tanggungjawab siapa yang harus memikul beban penjagaan.

“Keadaan anak tidak normal bukan alasan bercakaran atau melepaskan kesalahan pada pasangan, sebaliknya memer lukan kerjasama dan sikap toleransi bagi menangani ma salah.

“Sebelum mendidik anak atau berdepan masyarakat, ibu bapa sendiri perlu melalui satu sistem pendidikan khas bagi membina pemahaman, sahsiah atau apa saja diperlukan dalam menangani situasi genting.

“Dalam konteks ini, bukan anak saja wajar diberi pen didikan, begitu juga ibu bapa. Jadi tidak timbul isu, anak ini mendatangkan beban kerana masing-masing sudah dileng kapi pendidikan bagi berdepan cabaran,” katanya.

-Ruhaiza Rusmin, Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: