PROJEK MENDOBI

Disediakan oleh NURUL FARIHA BINTI MOHAMAD YUSOF, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Pengenalan

 

Projek ini baru dilaksanakan pada tahun ini mulai 1 Mac 2008. Pihak kami mengambil upah untuk mencuci jersi, langsir, sarung kusyen dan pakaian harian dari sekolah-sekolah yang lain. Kos untuk mendobi dikira 1kg=RM2.50. Ia dikelolai oleh Puan Fathiah bt Yahaya dengan pelajar-pelajar yang telah dilatih. Setakat ini, projek mendobi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Projek ini akan terus dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

 

Matlamat

 

Projek ini dijalankan bagi menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran jangka panjang yang berkaitan bidang asas mendobi yang merupakan salah satu cabang dari sukatan pelajaran kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Pelajar yang ditempatkan disini terdiri daripada para pelajar yang bermasalah pembelajaran. Justeru itu, adalah diharapkan pendedahan kepada kemahiran asas mendobi ini akan membolehkan pelajar lebih berdikari selepas tamat belajar kelak.

 

 

Objektif

 

  1. Pelajar dapat menggunakan bahan dan peralatan mendobi dengan cara yang betul.
  2. Pelajar dapat mencuci, menjemur, mengering, menggosok dan mengemas pakaian dengan betul.
  3. Pelajar dapat memahami selok belok bagi pengendalian perniagaan mendobi.
  4. Pelajar akan mendapat pengalaman yang akan dapat digunakan di alam pekerjaan kelak.
  5. Pelajar dapat menjalankan projek mendobi untuk guru-guru kakitangan dan ibu bapa pelajar.
  6. Mendapat hasil dari kemahiran asas mendobi untuk Kelas Pendidikan Khas SMKPA.

 

Tema

Pakaian Bersih Hidup Ceria, Khidmat Mendobi Untuk Semua.

 Rumusan

 

Adalah diharapkan dengan adanya kegiatan ini, pelajar-pelajar di sini akan  mendapat satu lagi kemahiran asas iaitu mendobi. Melalui pemerolehan kemahiran ini, pelajar-pelajar bukan sahaja akan mampu membantu menguruskan rumahtangga tetapi juga akan dapat menjadikannya sebagai sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga di masa akan datang.

1-menimbang-pakaian.jpg    2-mencuci-pakaian.jpg 3-menyidai-pakaian.jpg  4-menggosok-pakaian.jpg

5-melipat-pakaian.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: