Elaun OKU naik

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

KUALA LUMPUR 9 Jun – Elaun sebanyak RM300 yang kini diterima oleh golongan pekerja orang kurang upaya (OKU) mungkin akan dinaikkan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen bagaimanapun berkata, pihaknya perlu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.

Menurut beliau, kerajaan sedar dan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat khususnya golongan OKU selepas harga kedua-dua bahan bakar itu dinaikkan minggu lalu.

Tambahnya, kerajaan memberikan elaun tersebut ketika membentangkan Bajet 2008, tahun lalu yang banyak memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

”Kementerian memahami masalah yang dihadapi oleh golongan OKU ekoran kenaikan harga minyak.

”Bagaimanapun, kita perlu mengemukakan cadangan ini kepada Kementerian Kewangan sebelum ia (elaun) diluluskan dan jumlah yang dinaikkan akan dibincangkan dengan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Yen Yen mengadakan perjumpaan dengan 14 pertubuhan mewakili golongan OKU di pejabatnya, dekat sini.

Katanya, cadangan kenaikan elaun itu merupakan antara perkara yang dibangkitkan ketika perjumpaan diadakan.

Menurut beliau, selain itu, pertubuhan tersebut turut membangkitkan beberapa perkara berhubung kebajikan OKU.

”Antaranya ialah berkaitan cukai jalan, elaun kepada OKU dan peluang pekerjaan.

”Mereka juga memberitahu kesukaran untuk memasang NGV pada kenderaan kerana ruang amat sempit apabila ada di antara mereka terpaksa meletakkan kerusi roda di bahagian belakang kereta,” ujarnya.

Yen Yen berkata, beliau akan membangkitkan kesemua masalah yang dihadapi oleh OKU kepada kerajaan bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Tambahnya, kementerian juga akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan mewakili OKU dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: