OKU dapat perhatian Jabatan Tenaga Kerja

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN  (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

KUALA LUMPUR 1 Jun – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia hari ini mengadakan mini karnival pekerjaan selama sehari di Universiti Kuala Lumpur di sini untuk memberi peluang kepada orang ramai termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) mencari pekerjaan.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan JTK Semenanjung Malaysia, Noor Arzilla Ariffin memberitahu, sebanyak 14 syarikat pelbagai sektor menyertai karnival tersebut.

Menurutnya, karnival itu menyediakan lebih 200 peluang pekerjaan melalui temuduga terus atau mengisi borang secara online menerusi http://www.elx.gov.my.

‘‘Di Kuala Lumpur sahaja masih terdapat 21,141 kekosongan jawatan daripada pelbagai sektor dan kami menitikberatkan golongan OKU untuk turut serta dalam program ini.

‘‘Program ini merupakan acara tahunan dan kami juga akan mengadakan karnival pekerjaan secara besar-besaran pada masa akan datang,’’ katanya pada sidang akhbar di sini.

Utusan Malaysia, 1 Jun 2008

One Response

  1. subi_wcb@yahoo.com

    Saya merupakan salah seorang warga kurang upaya dan telah berjaya mendapatkan pekerjaan di sektor swasta. Kini saya telah meyakinkan kepada syarikat yang mengambil pekerja OKU tidak rugi tetapi menguntungkan lagi syarikat.

    Saya amat berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang percaya kepada golongan-golongan seperti saya untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja di syarikat mereka.

    Kini saya pula ingin memberikan pekerjaan kepada mereka sebagaimana saya bekerja dahulu untuk menambah ilmu dan pendapatan.

    Kepada mereka yang berminat, boleh menghubungi saya di:

    ms_equipment30@yahoo.com

    Sekian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: