MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh : 16 Mei 2008

Tempat : SK Bukit Bertam

Masa : 8.00 a.m – 12.00 p.m.

Aktiviti :

Upacara Memotong Kek.jpg Silat KKBP.jpg Bowling Buah Kelapa Sepakraga Ratus.jpg

Pada tahun ini, Hari Guru bertemakan “Guru Cemerlang Negara Terbilang”. Majlis Hari Guru dimulakan dengan perhimpunan pagi dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ahmad Fadhil. Ini diikuti pula dengan penyampaian perutusan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein oleh Puan Rusilawati binti Yusuf. Wakil pelajar juga turut menyampaikan ucapan sempena hari yang bersejarah ini. Hari Guru dimulai dengan bacaan Ikrar Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Majlis diserikan dengan persembahan murid aliran perdana dan murid KKBP. Pelbagai persembahan diadakan termasuklah silat, pantomin dan nyanyian. Setelah itu, guru besar SK Bukit Bertam iaitu Encik Abdul Rahim dijemput untuk memotong kek. Acara guru bersama ibu bapa dan pelajar turut dipertandingkan. Suasana kemeriahan mewarnai hari guru dengan acara sukaneka dan sukan dengan pertandingan bowling buah kelapa, tiup tepung, permainan merebut kerusi, bola tampar, sepaktakraw dan sepakraga ratus. Persaingan sengit antara ibubapa dan guru menambahkan lagi debaran dan kehangatan acara. Setelah diasak dan dihimpit oleh persaingan sengit, para guru dan jemputan berehat seketika dengan jamuan makan. Kemudian, majlis beralih pula kepada upacara penyampaian hadiah dan bersurai.

 

Ikrar Guru Nyayian sulung KKBP.jpg Bola Tampar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: