LAWATAN SAMBIL BERKURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGETUA, GURU BESAR, PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

 

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang (Naib Pengerusi Biro Lawatan Panitia Pendidikan Khas LMS)

 

TARIKH : 7 & 8 Mei 2008

HARI : Khamis dan Jumaat

KETUA LAWATAN : Pn. Narimah bt Bohari Pengerusi Panitia Biro Lawatan Pendidikan Khas LMS

TEMPAT LAWATAN : 6

  1. Pusat Sokongan Stepping Stone,
    53 Jalan Baru, Pulau Betong,
    11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
  2. Institut Perguruan Darul Aman (IPDA),
    06000 Jitra, Kedah.

AKTIVITI LAWATAN :

 

Pada hari Rabu 7 Mei 2008, seramai 38 orang guru terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelaras dan guru-guru Pendidikan Khas Program Integrasi Pendidikan Khas daerah Larut Matang dan Selama telah menyertai program lawatan sambil berkursus yang dianjurkan oleh Biro Lawatan Panitia Pendidikan Khas daerah Larut Matang dan Selama.

Semua peserta berkumpul di Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama pada pukul 7.00 pagi. Semua peserta menaiki bas Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh. Rombongan bertolak pada pukul 7.20 pagi.

Dalam perjalanan, ahli rombongam berhenti rehat di Hentian Rehat Bukit Merah untuk bersarapan. Selepas itu, perjalanan diteruskan hinggalah sampai di Pusat Sokongan Stepping Stone, Balik Pulau, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi.

Ahli rombongan disambut oleh ahli-ahli dan petugas di Pusat Sokongan Stepping Stone. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Penyelia Pusat Sokongan Stepping Stone, Puan Nasrah bt Osman.

Selepas itu, ahli rombongan telah dibawa melawat dan melihat ahli Pusat Sokongan Stepping Stone menjalankan kerja masing-masing. Terdapat beberapa bahagian yang menempatkan ruang kerja untuk ahli-ahli di situ menjalankan tugas. Antara kerja-kerja yang terdapat di situ ialah membuat sabun daripada minyak masak, membuat kertas daripada campuran kertas surat khabar dan batang pisang, mencanting batik, memasak, menjahit dan lain-lain lagi.

Ahli rombongan berpeluang belajar cara-cara membuat kerja yang terdapat di situ. Banyak perkara yang bermanfaat dapat dilihat dan diperolehi. Antara yang paling penting ialah prosedur manual kerja bagi memudahkan ahli membuat tugasan.

Selepas selesai sesi lawatan, ahli rombongan diberi jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh ahli Pusat Sokongan Stepping Stone. Sebelum bersurai, ucapan aluan dan ucapan terima kasih telah disampaikan oleh Pn. Narimah Bt Bohari. Ahli rombongan beredar dari pusat tersebuat pada pukul 2.00 petang.

Selepas solat Zohor, ahli rombongan meneruskan perjalanan ke Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra. Kami singgah di Pekan Rabu, Alor Star untuk membeli barangan dan buah tangan. Selepas itu, perjalanan diteruskan dan tiba di IPDA pada pukul 7.30 malam. Ahli rombongan bermalam di Taman Siswa UUM.

Pada keesokan hari 8 Mei 2008, kami bertolak ke IPDA untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh IPDA. Sebanyak tiga slot kursus telah disediakan. Sepanjang masa berkursus, kami telah diberi jamuan makan oleh pihak IPDA. Tempat berkursus diadakan di Bilik Senat IPDA.

Kursus dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPDA, Pn. Mahanee bt Mahmood. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami dan menyeru agar semua peserta mengambil peluang daripada kursus ini untuk menyambung pelajaran di IPDA dalam bidang Pendidikan Khas.

Slot pertama kursus disampaikan oleh Tn. Hj. Rahim b Marzuki bertajuk ‘Selayang Pandang Pendidikan Khas’. Banyak pengalaman beliau dalam bidang Pendidikan Khas yang dikongsi bersama dengan kami. Selain itu banyak idea baru dan ilmu yang disampaikan kepada kami terutama peranan guru dalam mengendalikan murid-murid istemewa.

Slot kedua bermula selepas kudapan pada pukul 11.00 pagi bertajuk ‘Aktiviti Rekreasi Dalam Pendidikan Khas’ telah disampaikan oleh En. Azmi b Abu Bakar. Beliau banyak memberi contoh-contoh aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan oleh guru-guru. Ada banyak idea baru yang kami perolehi disepanjang ceramah beliau. Bagi Penyelaras program baru, ini merupakan pengalaman paling bermakna.

Slot ketiga bermula pada pukul 12.30 tengah hari oleh Pn. Sharina bt Shahabudin bertajuk ‘Strategi P&P Dalam Pendidikan Khas’. Beliau banyak menyentuh mengenai teknik mengajar dan mengendalikan kelas. Beliau juga banyak menceritakan pengalaman beliau ketika mengajar di sekolah. Beliau menekankan kepentingan hubungan baik antara guru dengan murid-murid.

Selepas selesai ketiga-tiga slot kursus tersebut, majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPDA iaitu En. Shahidan b Abd Rahman. Beliau mengucapkan terima kasih kerana datang berkursus di IPDA dan menyeru semua guru menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang kami berada di IPDA.

Sebelum bersurai, Pn. Narimah telah menyampaikan ucapan terima kasih dan menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak IPDA. Selepas itu, kami semua menjamu selera makan tengah hari bersama-sama Tuan Pengarah dan para pensyarah IPDA. Kami juga bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan dengan Tuan Pengarah dan para pensyarah IPDA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: