KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERAK

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas dan
UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HJ MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

TARIKH            : 2 – 3 APRIL 2008

TEMPAT           : Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Manjung, Perak

PENGENALAN

 

                        Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat negeri Perak  telah diadakan selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 April 2008 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Manjung Perak. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Kontinjen daerah Larut Matang dan Selama seramai 53 orang murid dan guru telah diketuai oleh Encik S. Alexander selaku Ketua Kontinjen. Puan Shamsiah bt Hj Mohd Jais pula menjadi guru pengiring murid-murid yang terpilih dari Sekolah Kebangsaan Matang.

 

            Sebanyak 9 kontinjen dari seluruh negeri Perak telah menyertai kejohanan tersebut.Semua Pegawai Pendidikan Khas dari jabatan, Pegawai Khas dari setiap PPD, jemputan utama, guru-guru Pendidikan Khas, Pegawai Sukan jemputan, ibu bapa dan penjaga turut hadir memeriahkan majlis.

 

                        Acara pada hari pertama bermula pada pukul 3.00 petang dengan acara olahraga dan acara padang. Acara-acara saringan juga turut diadakan. Para pegawai sukan dan pegawai kejohanan terdiri daripada kalangan guru Pendidikan Khas dari seluruh negeri Perak dan pegawai sukan jemputan. Para pemenang acara akhir telah menerima hadiah yang disampaikan oleh para jemputan utama. Acara pada hari pertama tamat pada pukul 7.00 petang.

 

            Acara pada hari kedua bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara akhir 100m lelaki. Acara teristimewa ialah acara 50m Down Sindrom lelaki dan perempuan. Para pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh para jemputan utama. Acara kejohanan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

 

                        Pada pukul 2.00 petang, acara perbarisan dan lintas hormat semua kontinjen bermula. Perarakan masuk para jemputan utama diiringi oleh pasukan kompang. Perbarisan dan lintas hormat diiringi oleh pasukan pancaragam jemputan. Kontinjen yang memulakan perbarisan ialah kontinjen dari daerah Kerian. Kontinjen kedua ialah kontinjen Larut Matang dan Selama. yang terdiri daripada 33 orang murid dan 10 orang guru dengan diketuai oleh Encik S. Alexander.

 

            Selepas ucapan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas JPN, ucapan perasmian telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Banyak pesanan dan nasihat telah disampaikan oleh beliau. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan para pemenang. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Antaranya ialah pemenang kategori olahragawan dan olahragawati bagi setiap kategori serta acara 50m Down Sindrom.

 

            Kontinjen Larut Matang dan Selama diumumkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas negeri Perak  bagi tahun 2008 dengan pencapaian 14 emas, 9 perak dan 6 gangsa. Acara tamat pada pukul 4.00 petang.

 

            Sekolah Kebangsaan Matang merasa amat berbangga kerana 4 orang murid telah mewakili daerah dan memenangi beberapa acara dalam kejohanan tersebut.

 

                       

KEPUTUSAN

 

 

ACARA

 

NAMA MURID / KETUA KUMPULAN

 

KEDUDUKAN

 

 

100M (LJBP)

 

AMIRUL AIZAD B ABDUL RAHMAN

 

3

 

200M (LJBP)

 

MUHAMAD NUR B SHAMSUDIN

 

3

 

4X100M (LJBP)

 

AMIRUL AIZAD B ABDUL RAHMAN

MUHAMAD NUR B SHAMSUDIN

 

2

2

 

50M (PJDS)

 

AMIRAH HUDA BT ZAINAL ABIDIN

 

2

 

LOMPAT JAUH (LJBP)

 

AMIRUL AIZAD B ABDUL RAHMAN

 

5 REKOD BARU)

 

4X100M (PJBP)

 

NOR AZIANA BT DAUD

 

4

 

PENUTUP

 

                        Adalah diharapkan penganjuran kejohanan olahraga Pendidikan Khas untuk peringkat sekolah, daerah dan negeri akan diteruskan pada setiap tahun. Sesungguhnya inilah peluang untuk semua murid Pendidikan Khas menunjukkan keupayaan dan kemampuan mereka. Kejohanan olahraga ini menunjukkan bahawa pihak jabatan, pejabat pelajaran dan sekolah amat prihatin dan bertanggungjawab terhadap semua murid-murid sama ada murid aliran perdana atau murid Pendidikan Khas. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya terutama guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Matang yang telah menyumbangkan tenaga untuk melatih murid serta memberi idea untuk menjayakan kejohanan pada tahun ini. Tahniah kepada Biro Sukan Panitia Pendidikan Khas Daerah Larut Matang dan Selama atas kejayaan kontinjen pada tahun ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: